Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perubahan Kerusi Parlimen Minggu...

MESYUARAT Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini bakal menyaksikan pertambahan kerusi...

2 Maut MPV Bertembung...

Ipoh : Dua wanita termasuk seorang remaja maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV)...

Wajarkah Ahmad Zahid Ambil...

SAYA bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu kemungkinan...

81 Warga Asing Pekerja...

PUTRAJAYA - Seramai 81 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi...

Kabinet Baharu Diminta Bekerja Sebagai Keluarga Demi Rakyat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kabinet baharu yang dibentuk pada 28 Julai lalu bekerjasama sebagai satu keluarga dan pasukan serta saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Semangat sedemikian adalah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara, katanya.

“Saya dan rakan kabinet baharu berazam dan bertekad untuk lakukan yang terbaik bagi mencapai aspirasi rakyat dan dasar negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini Rabu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan meminta penjawat awam supaya sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan pencapaian untuk rakyat serta negara.

“Ini yang saya tuntut dalam kerajaan dan pentadbiran supaya kita boleh perlihatkan bukan sahaja pembaharuan tapi peningkatan keputusan serta program yang dijalankan oleh kerajaan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Ini yang mesti kita sematkan dalam minda dan dengan cara ini sebagai sebuah kerajaan kita dapat perlihatkan perubahan lebih positif,” katanya.


Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak hilang fokus dan mesti mengutamakan dasar transformasi kerajaan demi rakyat dan negara.

Sejurus tiba, Najib meluangkan masa melawat 13 gerai makanan sambil beramah mesra bersama kakitangan JPM.

Dengan tema ‘Di Sini Kasih Bersemi’, majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh artis jemputan dan residen artis JPM.

Di majlis yang sama, Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada 15 orang anak yatim warga JPM dan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM15,000 kepada rumah-rumah kebajikan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori