Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Graduan Bidang Sains Dipenjara...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13...

Sistem Pengurusan Senjata KDN...

JOHOR BAHRU - Sistem pengurusan senjata di sesetengah agensi di bawah Kementerian Dalam...

Ejen Didakwa Dagang Wanita...

PETALING JAYA - Seorang ejen membekalkan pekerja asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Anifah Ketuai Delegasi Ke...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke...

Kampung Melayu Bakal Diroboh Lagi Di Pulau Pinang

SEJAK jam 7 pagi hari ini, ratusan penduduk Kampung Mutiara, Pulau Pinang bersama-sama ahli politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan meroboh kediaman di kawasan tersebut oleh pemilik tanah.

Protes berkenaan dibuat setelah notis akhir mahkamah untuk penduduk mengosongkan rumah mereka berakhir hari ini sebelum kerja-kerja mengosongkan tapak kawasan tersebut dilakukan.

Menurut laporan dari portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), sebanyak 38 buah rumah membabitkan 66 buah keluarga bakal kehilangan tempat berteduh berikutan tiada sebarang rundingan dibuat antara penduduk dan pemilik tanah.

6 kampung_mutiara_eviction_2408_(4)-640x426

Lantas, lebih seribu penduduk perkampungan Melayu yang dibina sejak 48 tahun lalu itu dijangka diusir.

Bagi menghalang kemasukkan pihak berkuasa, mereka telah memarkirkan kenderaan masing-masing di tiga laluan masuk utama. Selain itu, kanak-kanak turut serta dalam perhimpunan tersebut sambil memegang sepanduk meminta kediaman mereka dikekalkan.

Pada 2006, pemilik telah membeli tanah di kawasan tersebut berkeluasan 3.5 hektar dan mula mengusir penduduk tanpa memberikan sebarang imbuhan mahupun memohon sebarang kebenaran untuk mengadakan projek di situ.

Individu tersebut kemudiannya memohon kepada mahkamah untuk mengusir penduduk pada 2012 dan April tahun ini.


Seterusnya, arahan mengosongkan tanah dikeluarkan mahkamah pada disusuli writ pemilikan pada 25 Jun lalu sebelum notis pengosongkan dikeluarkan pada 9 Julai.

Ketika ini, penduduk diminta bertenang kerana pihak peguam sedang memohon penangguhan mahkamah berhubung tindakan pengusiran itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera berkata, “Dalam keadaan ini, kami memiliki satu sasaran iaitu memelihara kepentingan penduduk Kampung Mutiara.”

Ujarnya lanjut, pihaknya juga tidak berminat untuk memulakan perseteruan dengan Kerajaan Negeri yang turut cuba melakukan yang terbaik kepada penduduk di situ. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Isu Roboh Kediaman – Nyanyian Semangat Dari Penduduk Kampung Mutiara 

https://www.youtube.com/watch?v=aJKRzsBzhqs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori