Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MH17 Mungkin Antara Tajuk...

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala...

Ratusan Durian Muda Gugur,...

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda...

Anggota Polis Cedera Patah...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dirempuh...

KPDNKK Laksana 2.6 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan lebih 2.6...

KDN Keluar Perintah Larangan Untuk Basmi Anasir Bersih 4!

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang mencetak, menjual atau memiliki sebarang jenis pakaian warna kuning yang menjurus kepada perhimpunan haram Bersih 4 akan dikenakan tindakan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui satu kenyataan menegaskan, mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 dan penjara sehingga tiga tahun berdasarkan seksyen 8 (1) akta itu.

“KDN mengeluarkan perintah larangan terhadap sebarang percetakan, penjualan dan pemilikan apa-apa pakaian yang berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan ‘Bersih 4’ serta risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4.

“Mereka yang disabitkan dengan kesalahan memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. Mana-mana pihak disabitkan kesalahan mencetak dan mengedar apa-apa hasil penerbitan larangan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya,” tegas kenyataan itu hari ini.

Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan bermula hari ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran bagi memenuhi agenda mereka.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara selepas didapati salah oleh mahkamah meliwat seorang lelaki lain.

Perhimpunan itu bagaimanapun tidak disertai PAS kerana engggan terlibat dalam usaha menghuru-harakan negara sebaliknya cuma disertai DAP, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

KDN dalam pada itu menjelaskan, perintah larang itu dibuat demi menghormati Sambutan Hari Kebangsaan kerana perhimpunan haram Bersih 4 yang melibatkan demonstrasi jalanan boleh mencemarkan lambang demokrasi negara ini.


Malah, tegas KDN, perhimpunan itu sebenarnya juga dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka.

Justeru, KDN memberi jaminan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah perintah larangan ke atas mana-mana pihak yang mengingkarinya.

“Perintah ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 [Akta 301] yang menggariskan sebarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara; adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia,” tegas KDN lagi. – mynewshub.cc

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=3hSXLaHP-LY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori