Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Panda Gergasi Cuba...

KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang gagal dalam...

Dr Muhammed Abdul Khalid...

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri melantik Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat...

SPRM Mohon Waran Tangkap...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan waran tangkap dan menghubungi...

Rayani Air Jawab Tohmah...

PUTRAJAYA - Selepas 'dihentam' pelbagai tohmahan jahat oleh segelintir bukan Muslim dan Parti...

Kedai Makan ‘Popular’ Sebab Maki Hamun Pelanggan

SEBUAH kedai makan di Klebang, Melaka menjadi ‘popular’ di laman sosial apabila layanan kasar yang diberikan kepada pelanggannya dikongsikan di Facebook.

Segala-galanya bermula apabila seorang pelanggan memuatnaik status bagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan apa yang berlaku apabila memesan air sirap di situ. Menurut pelanggan tersebut, pekedai bukan sahaja mengenakan caj RM10 bagi satu jag sirap malah merampas kembali air tersebut selepas menyedari dia duduk dan memesan makanan di kedai sebelah.

Tanpa disangka, status tersebut giat dikongsikan hingga menarik perhatian pengguna Facebook lain yang turut berkongsi pengalaman pahit dengan tauke kedai makan tersebut.

Salah seorang pelanggan lain mendakwa, dia juga pernah bergaduh dengan tauke kedai makan yang sama kerana mengenakan caj hingga RM2 untuk sesudu sambal dan memaksa pelanggan segera membayar dengan menggunakan bahasa yang menyakitkan hati.

kedaimakan3

Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian Facebook Sayangi Melaka yang menasihatkan pekerja kedai makan terbabit menjaga adab selepas ini.

Jom baca luahan pelanggan tentang sikap tauke kedai makan ini yang membuatkannya benar-benar ‘menyirap’:

Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera Klebang, Melaka semalam. Kedai makan yg aku singgah tu tak de air batu jd aku minta izin nak oder air kedai lain. Aku pon order la kat kedai no.# ni. Pekerja dia buatkan air hantar 1 jug air sirap kat tmpt aku makan. Oleh krn air batunya sikit sgt..aku suh anak aku p kedai td tambahkan air batu.. sbb dia caj rm10 1 jug utk air sirap… Tiba2 anak aku dtg balik tanpa jug air tu. Aku tny mana jug air? Dia kata tokwy kedai marah dia. Ehh aku pon nak p tanya la apa pasal anak aku nak minum air kan knapa lak tak dibaginya air tuu… bila aku tanya tokey kedai dan anak dia maki aku kaw2 dpn customer. Dorang kata makan meja mana.. aku tpinga2 lahh of course tak tau apa sbnrnya yg dia marah.

Aku tnya lagi.. apapasal ni.. apa yg salah nya… aku bayar kan. Apa pasal nak marah. Rupanya tokey kedai ni tak suke org order air dia tp makan meja lain. Aku pon naik hantu le sbb anak aku nak minum ni dia tak bagi. Dh la caj rm10 utk 1 jug air sirap.. abis dia rampas air tu separuh jug lagik dia tak bg aku abiskan. Dia amik rm10.. mana hak aku sbg pembeli. Dia maki plak aku dpn org lain tanpa kesalahan yg aku sendiri tak tau apa salah puncanya.. mana etika dia sbg peniaga??

Aku bg tau laki aku. Dia dtg jumpa makcik tu dan anak dia.. laki aku tanya baik2 anak dia pondan tua nak mamposs tuu tepekik2 makikan laki aku..kuang ajau betul. Laki aku kata nak bagitau usop soroj. Makcik tu jwb dgn sombongnya SAPA USOP SOROJ TU?? AKU TAK TAKUT DGN DIA.. DIA SAPA?? AGONG KEE??

Ewahhhhh!!!! Betul sial makcik tu arr blagak mcm rezeki dia yg tentukan. Ko bygkan keringnya ati dia amik duit RM10 tp aku tak dpt brg spt hasil yg aku kene bayar. Dia rampas air tu.. aku merayu dia bagi air tu anak aku nak minum dia halau aku kuar dari kedai dia dpn customer lain. Tau tak dia tjerit2 mcm aku ni salah beso.


Itu aku tak puas ati.. aku maki dia balikkk aku kata ckp baik2 ar.. jgn maki org tak tnt hala. Dia hengat anak tekak dia je.. dia tak tau anak tekak aku mcm nee. Eeee kedai dh la kotor makanan terdedah tanpa penutup.. lalat hinggap makanan dia jual kat org.

Ehh mana pergi penguatkuasa. Knapa tak dtg pantau dia nii.. tak patot dpt lesen meniaga macam ni punya etika.. buat malu melaka je kalau org luar dtg dia maki hamun busuÄ·k nama org Melaka.

Itu pon tokey kedai tmpt aku makan kata sblm aku kna marah ada sorang customer dh kene maki sbb customer tu komplen makcik tu bg nasi berkerak.. makcik tu kata TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASIK KERAK NIII!!!

Korang tengok betapa kurang ajarnya peniaga kedai no.# ni dgn customer..

11222460_736281846483862_6751343268070002262_n

Sebenarnya tak kisahlah berniaga kedai makan atau apa pun, kenalah ada santun dalam bicara apatah lagi dengan pelanggan yang datang membawa rezeki.

Kalau gunakan bahasa kesat silap-silap orang yang tak berniat nak cari gaduh pun boleh hilang sabar dan penumbuk hinggap ke muka. – MYNEWSHUB.CC

Video: Tauke Kedai Biadap Terajang Pakcik Tua

https://www.youtube.com/watch?v=YQVs2vlklN8

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori