Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

‘Lelaki Ini Gosok Kemaluannya...

SATU perkongsian seorang wanita menerusi laman Facebook memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh...

Gelagat Legenda Badminton Dunia...

KUALA LUMPUR - Gelagat legenda badminton menarik perhatian peminat badminton tempatan yang hadir...

NGO Anjur Debat ‘Kit...

KUALA LUMPUR - Satu perdebatan antara Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar...

“Darurat Batal Atau Tidak,...

KUALA LUMPUR - Penjelasan mengenai polemik pembatalan Ordinan Darurat hanya akan dibuat pada...

Kedi Golf Didakwa Bunuh Kanak-Kanak 7 Tahun

KUALA LUMPUR – Seorang kedi golf didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudara teman wanitanya, minggu lepas.

Zakaria Kamarudin, 41, didakwa membunuh Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah, 7, di sebuah unit rumah pangsa Taman Kosas, di sini antara 10 malam, 2 Ogos sehingga 6 pagi 3 Ogos lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mahkamah menetapkan 10 Sept depan untuk sebutan laporan forensik, patologi serta laporan lain bagi kes itu.


Zakaria tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Israkh Saad. – BERNAMA

https://youtu.be/LhHdJGHoY-0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori