Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Rohingya Harap Malaysia...

ALOR SETAR - Kehangatan bulan kemerdekaan yang disambut pada hari ini, bukan sahaja...

Ketiadaan Elektrik, Punca Pintu...

SHAH ALAM : Aras banjir mencecah 1.5 meter hingga tiga meter membabitkan hampir...

SKMM Akan Berunding Dengan...

KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)...

4 Maut Gelombang Sejuk...

NEW DELHI - Gelombang sejuk yang melanda Uttar Pradesh di utara India telah...

Kejayaan Rakan Jadi Pembakar Semangat Emma Roberts

BANGI – Kejayaan rakan senegara yang berjaya bergelar juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri tahun lalu menjadi pembakar semangat buat peserta dari Australia, Emma Cecilia Roberts untuk mengulangi kejayaan sama pada tahun ini.

Menurutnya, kemenangan Sandy Hill tahun lalu menjadi faktor utama penglibatannya dalam PABM 2015 yang turut disertai 39 peserta antarabangsa dari seluruh dunia.

“Rakan saya Sally Hill menceritakan pengalamannya tahun lalu di sini yang sangat menyenangkan, jadi dia sarankan kepada saya untuk sertai pertandingan ini.

p3
Peserta PABM 2015 dari Australia, Emma Roberts.

“Belajar Bahasa Melayu sebenarnya tidak sesukar saya belajar Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Sudah tiga tahun saya belajar Bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui Mynewshub pada sesi Bengkel Penyampaian Pidato yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini hari ini.

Bagi menghadapi peringkat saringan yang akan diadakan Selasa ini, Emma berkata dia sudah menyiapkan teks pidato berdasarkan tema yang dipilihnya sendiri iaitu Komuniti Asean.

Apa yang menarik, Emma menjadikan video penyampaian ucapan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rujukan untuknya.

“Saya melihat pidato Datuk Seri Najib Razak yang mana ianya menjadi inspirasi untuk isi pidato saya. Saya tak terlalu lancar Bahasa Melayu tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya lagi.

Sementara itu, peserta dari Iraq yang kini menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer, Waleed Basil Mohammed Ali pula berkata edisi kali ini merupakan tahun kedua penyertaannya.


PABM membenarkan penyertaan peserta sebanyak dua kali sahaja dan ini merupakan peluang terakhir bagi Waleed bagi membuktikan keupayaannya berpidato dalam Bahasa Melayu.

p2
Peserta dari Iraq, Waleed Basil yang menyertai PABM untuk tahun kedua.

Waleed yang turut mempelajari dua lagi bahasa asing iaitu bahasa Perancis dan Mandarin berkata dia sangat menggemari adat Pepatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Keunikan budaya itu telah dijadikannya sebagai topik untuk dikupas dan menjadi intipati kepada isi pidatonya nanti yang bertemakan Kepelbagaian Budaya.

“Saya dah ada idea untuk pidato kali ini. Saya tertarik dengan adat pepatih Negeri Sembilan.

“Memandangkan ini merupakan penyertaan kali terakhir saya kena buat yang terbaik,” ujarnya yang nyata gembira dengan penganjuran pertandingan yang telah membuka peluang buatnya berkenalan dengan rakan-rakan dari serata dunia yang datang berkumpul untuk PABM kali ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=oRVFBpCtM0I

Oleh:  JULIANA JOHAR 
Foto/Video:  RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori