Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

FAM Puji Disiplin Dan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuji sikap berdisiplin dan semangat...

Meer Nash Nombor 2...

TAHNIAH diucapkan buat bekas ahli kumpulan VOTEz, Meer Nash berjaya merangkul tempat kedua...

Kek Berbentuk Vagina: Doktor...

GARA-GARA meraikan Tahun Baharu Orthodox dengan kek yang direka berbentuk vagina, sekumpulan doktor...

Lelaki Digelar Eagle Dad...

Seorang lelaki dari China yang pernah menjadi terkenal kerana memaksa anak lelakinya berusia...

Kelahiran Anak Sulung, Tuah Hari Merdeka

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Merdeka!’ yang diselangi tangisan bayi bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa bayi tersebut, tetapi juga turut menggembirakan kakitangan hospital yang berkhidmat menyambut kelahiran ‘bayi merdeka’ pada ambang Hari Kebangsaan ke-58, 12 tengah malam tadi.

Bagi Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi pertama adalah bayi lelaki seberat 2.70 kilogram yang dilahirkan pada 12.01 tengah malam.

Bagi ibunya Siti Nor Hidayah Abdullah, 27, kehadiran anak sulungnya Rayyan Al-Fattah bukan sahaja memberikan rahmat baginya dan suami Ray Jimson, 30, tetapi juga satu perasaan yang sukar digambarkan dan tidak dapat diungkapkan.

“Walaupun ketiadaan suami di sisi semasa bersalin (suami bertugas di Sarawak sebagai pemandu lori), alhamdulillah kelahiran secara normal itu dipermudahkan dan semuanya selamat,” kata eksekutif syarikat swasta itu kepada pemberita ketika ditemui di wad bersalin HKL di sini, awal pagi ini.

Pasangan itu yang berasal dari Sarawak dan mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lepas, berkata beliau berasa sangat bertuah kerana anaknya dilahirkan pada Hari Kebangsaan memandangkan beliau dijangka bersalin pada 28 Sept depan.

Sementara itu, kegembiraan ini turut dikongsi oleh sepasang lagi suami isteri Shahruddin Ismail, 25, dan Nurul Jannah Hairuddin, 22, apabila menerima kehadiran bayi perempuan seberat 2.60 kilogram pada 12.10 tengah malam tadi.

“Saya berasa sangat teruja dan gembira tidak terkata apabila anak sulung kami dilahirkan pada tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara dan perkara ini saya dan isteri tidak pernah jangkakan pun sebelum ini.


“Pada awalnya isteri saya dijadualkan bersalin 2 Sept. Jadi, masa isteri masuk hospital, saya tidak sangka yang dia akan bersalin hari ini juga sebab saya ingatkan duduk wad sahaja tetapi rupanya terus bersalin (malam tadi),” katanya.

Shahruddin yang kelihatan ceria di samping anaknya yang dilahirkan secara normal berkata beliau dan isteri belum tentukan nama untuk anak merdeka itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut meluangkan masa, melawat dan meraikan bayi merdeka di wad bersalin HKL dan menyampaikan sumbangan hamper kepada ibu bapa bayi tersebut.

“Lihatlah, walaupun belum lahir ke dunia, mereka telah ditunggu-tunggu untuk diberi sambutan oleh seluruh rakyat Malaysia di samping ahli keluarga masing-masing,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan ‘Bayi Merdeka’ anjuran Persatuan Warisan Anak Merdeka dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi HKL di sini, malam tadi.

Katanya, sambutan ini merupakan acara tradisi yang sudah dijalankan sejak 13 tahun lalu dan sehingga kini lebih 50,000 anak merdeka di seluruh Malaysia yang menjadi ahli Persatuan Warisan Anak Merdeka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori