Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Yakin UMNO...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO...

SPRM Belum Terima Laporan...

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima maklumat lanjut mengenai dakwaan wujudnya...

Baru Tahu… Kos Urus...

TERGAMAM kami melihat butiran harga yang dikenakan pihak pengurusan sebuah masjid bagi urusan...

Pelitup Muka Wajib Dipakai...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam...

Keluarga Suharto Diarah Pulang RM1.29 Bilion

Jakarta – Mahkamah Agong Indonesia mengarahkan keluarga bekas Presiden Suharto memulangkan semula dana berjumlah AS$324 juta (RM1.29 bilion) yang didakwa digelapkan pemimpin berkenaan ketika pemerintahannya.

Keputusan mahkamah memihak kepada satu kes sivil yang difailkan pendakwa raya terhadap Yayasan Supersemar yang dikuasai keluarga Suharto.

Mahkamah membuat keputusan itu pada 8 Julai lalu, tetapi ia hanya diumumkan oleh laman sesawang mahkamah, kelmarin.

Keputusan itu sekali gus membatalkan keputusan mahkamah pada 2010 yang mengarahkan keluarga Suharto membayar sejumlah kecil sahaja wang berkenaan.

Mahkamah juga memansuhkan satu peraturan pada 1976 yang dibuat Suharto yang mengarahkan semua bank milik kerajaan memberikan 2.5 peratus keuntungan mereka kepada yayasan itu.

Hakim memutuskan kebanyakan dana dikumpul yayasan itu yang berjumlah AS$420 juta (RM1.67 bilion) sejak ia ditubuhkan digelapkan dan tidak digunakan untuk tujuan asal iaitu pendidikan.

Yayasan itu yang sudah dibubarkan diarahkan membayar 75 peratus daripada jumlah dana itu.

Pada 2010 mahkamah mengarahkan yayasan itu membayar AS$315,000 (RM1.25 juta) berbanding AS$315 juta (RM1.25 bilion) yang dituntut pejabat peguam negara.


Mahkamah kemudiannya mendakwa jumlah bayaran itu tersilap kerana berlaku kesilapan menaip.

Pejabat peguam negara memfailkan permohonan menyemak semula keputusan itu pada 2013 dan pada masa sama keluarga Suharto memfailkan permohonan untuk mengetepikan arahan berkenaan.

“Mahkamah membenarkan permohonan semakan yang difailkan pejabat peguam negara dan menolak permohonan Yayasan Supersemar,” kata mahkamah dalam laman sesawangnya.

Peguam Negara, M Prasetyo berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap keputusan itu.

“Saya belum membaca keputusan mahkamah. Kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya selepas saya membaca keputusan itu kelak,” katanya. – Agensi/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori