Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jom Serbu Himpunan Saya...

BUAT julung kalinya, Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) bakal menganjurkan 'Himpunan Saya...

Bekas Exco Johor &...

JOHOR BAHRU - Bekas Exco Johor, Datuk Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya...

Nga Kor Ming Tegaskan...

IPOH - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengesahkan hanya akan bertanding di...

Bapa Penyanyi ‘Sakitnya Tuh...

TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata...

Keluhan Peniaga Di Pasar Labuan Diberi Perhatian – Tengku Adnan

LABUAN – Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan keluhan peniaga di Pasar Besar Labuan berkaitan sewa bulanan kepada pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan (LC), untuk pertimbangan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata masalah peniaga terbabit akan diselesaikan dengan baik namun memerlukan kajian menyeluruh sebelum pertimbangan dapat dibuat.

“Keluhan peniaga berkaitan sewa bulanan iaitu kadar 50 peratus yang dikenakan ke atas mereka sekarang dan mereka merayu agar kadar itu diteruskan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat beberapa isu lain yang disuarakan kepada beliau semasa lawatannya ke pasar itu minggu lepas, termasuk tentang kemudahan, dan kementeriannya meneliti setiap aduan berdasarkan keutamaan.

Sejumlah 150 peniaga ketika ini beroperasi di tingkat dua Pasar Besar Labuan dengan menjual pelbagai barangan kering dan fabrik.

Mereka berpindah ke bangunan baharu sejak Januari tahun ini dan LC mengenakan kadar 50 peratus daripada RM360 sewa bulanan, di samping bayaran penyenggaraan RM40 yang berkuat kuasa sehingga Disember tahun ini.


Penjual ikan dan sayur-sayuran di tingkat bawah beroperasi tanpa sewa tetapi hanya membayar lesen tahunan RM35.

Kelonggaran itu bertujuan mengurangkan beban kewangan penjaja di pasar berkenaan.

Kompleks pasar berharga RM33.3 juta itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Feb dan menempatkan 542 ruang niaga bagi produk perikanan basah serta kering, selain hasil pertanian. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=0ecydQ6Lv6Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori