Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Melancarkan ‘Ops Godam...

KUALA LUMPUR - Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada...

Polis Selangor Rampas 600,000...

SHAH ALAM - Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9...

Saya Hanya Fikir Nak...

PETALING JAYA – “Waktu itu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa orang, sebab...

Wang Ihsan Umrah: 8,500...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima lebih kurang 8,500...

Kempen Derma Darah Di Politeknik Seberang Perai Esok

GEORGE TOWN – Politeknik Seberang Perai (PSP) mengadakan Kempen Derma Darah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan bulan kemerdekaan di Dewan Seri Mutiara PSP esok dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kempen derma darah bertemakan ‘Darah Satria’ itu adalah anjuran Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama iM4U dan sukarelawan politeknik yang diadakan secara serentak di seluruh politeknik Malaysia.

Pengarah PSP Zulkifli Ariffin berkata program itu turut mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang yang membekalkan peralatan derma darah dan petugas terlibat.

“Program ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat tahunan PSP yang diadakan setiap tahun dan kali ini diadakan di bulan kemerdekaan dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini juga terbuka kepada semua masyarakat dan organisasi di sekitar Permatang Pauh dan Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata kempen derma darah kali ini turut dimeriahkan dengan 15 buah kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang singgah di PSP untuk mengedarkan bendera dan melakukan aktiviti kenegaraan.

Menerusi program ini juga PSP dapat mempromosikan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di politeknik, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori