Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Tidak Manis Jika Saya...

ROMPIN - Kesibukan selaku penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tidak...

Tragedi Ketika Sedang Asyik...

Rusia - Keghairahan sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam kereta berakhir dengan...

TNB Lakukan Pendawaian Bekalan...

IPOH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak melakukan pendawaian semula bekalan elektrik di...

Juruteknik Maut Pacuan 4...

IPOH - Seorang juruteknik maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh...

Kerajaan Cadang Tambah Kolej Komuniti – Mary Yap

KEPALA BATAS – Kerajaan bercadang untuk menambah Kolej Komuniti di seluruh negara menjelang tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Chin.

Beliau berkata pertambahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Setakat ini 50 kawasan parlimen di seluruh negara telah memohon untuk mewujudkan Kolej Komuniti di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Dewan Millenium di sini Sabtu.

Sebanyak 1,424 penuntut Kolej Komuniti Wilayah Utara menerima sijil dan diploma pada hari ini dan esok. Pada masa ini, terdapat 92 kolej komuniti di seluruh negara.


Yap berkata Kolej Komuniti juga akan meningkatkan kolaborasi strategik dengan pihak industri bagi memastikan lulusan kolej itu bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori