Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Saman Rahman Dahlan...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk...

Real Madrid Ikat ‘Messi...

MADRID - Real Madrid mengesahkan mereka menandatangani pemain remaja Jepun, Takefusa Kubo hari...

Polis Panggil Pengurus Acara...

KUALA LUMPUR - Pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan...

Enam Warga China Didakwa...

KUALA LUMPUR - Enam warga negara China termasuk seorang wanita hari ini mengaku...

Ketepikan Ideologi Politik Dan Kibarkan Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Ketepikan ideologi politik dan kibarkan Jalur Gemilang.

Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Sharil Nizam Sha’ri berkata fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada rakyat dalam menzahirkan rasa cintakan negara.

Malah, katanya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi identiti negara dan perlu disanjung setiap masa, apatah lagi pada bulan kemerdekaan ini.

Mengibarkan Jalur Gemilang juga antara cara yang boleh ditonjolkan bagi menghormati perjuangan serta pengorbanan wira tanah air yang gugur bagi mendapatkan kemerdekaan 58 tahun dahulu, katanya ketika ditemui Bernama di UPM dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai cara terbaharu warga netizen yang gemar memaparkan imejbendera Malaysia dalam media sosial sebagai tanda kesetiaan kepada negara, beliau berkata ia boleh dilihat secara positif dengan syarat tidak mencampur adukkan dengan agenda politik.


Selain itu, beliau turut meminta media swasta untuk tampil dengan iklan dan pesanan khidmat awam mengenai kempen kibarkan Jalur Gemilang bagi membantu membangkitkan semangat patriotik.

Rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan ke-58 dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada 31 Ogos ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori