Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Sertai Solat Hajat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk...

10 Tabiat Pelik ‘Buang...

SETIAP daripada kita pastinya mempunyai hobi dan kegemaran yang tersendiri untuk dilakukan sekiranya...

Adidas Salah Eja ‘Colombia’...

BOGOTA - Gergasi pakaian sukan Jerman, Adidas malu besar selepas tersilap mengeja nama...

Kelibat Wanita Bogel Kejutkan...

KELIBAT seorang wanita yang telanjang di terminal dalam Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson di Atlanta...

Ketua Pegawai Kewangan MAHB Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya (CFO), Faizal Sham Abu Mansor berkuatkuasa 17 Ogos, 2015.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata peletakan jawatan itu disebabkan oleh peluang baharu.

“Faizal Sham, 45, mempunyai pengalaman luas dalam perbendaharaan, kewangan korporat dan perbankan pelaburan dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi dan kemudian bersama-sama AmInvestment Group.

“Sebelum menyertai MAHB, beliau merupakan CFO di syarikat pengurusan kumbahan dan pembinaan senarai awam,” menurut MAHB.


Faizal Sham menganggotai lembaga pengarah Istanbul Sabiha Gokcen International Airport Investment Development and Operations Inc.

Beliau juga anggota lembaga pengarah anak syarikat milik penuh MAHB, Malaysia Airports Capital Bhd, Malaysia Airports Cities Sdn Bhd, Malaysia Airports (Mauritius) Pvt Ltd dan Malaysia Airports Capital (Labuan) Ltd. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori