Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Thailand Minta Malaysia Tangkap...

BANGKOK – Seorang rakyat Pakistan dipercayai menyusup masuk ke Malaysia selepas mayat isterinya...

Hasil Jualan Tiket Akan...

SEREMBAN - Hasil jualan tiket perlawanan persahabatan antara pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan...

Paderi Tak Sokong Gay,...

SEORANG pastor (ketua agama) penyokong anti-gay mendapat malu besar apabila 'kantoi' bermesra-mesra dengan...

Khabar Angin Komplot Guling Kerajaan Datang Dari Orang UMNO

KETIKA khabar angin tentang seorang pemimpin Barisan Nasional yang dituduh berpakat dengan pembangkang untuk guling kerajaan bertiup kencang, tiba-tiba muncul pula cerita baharu.

Kononnya ada sebilangan Ahli Parlimen (MP) dari UMNO sendiri akan berpaling tadah dengan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen!

Tanpa berselindung, pihak tersebut dengan beraninya menyebarkan senarai nama 20 MP UMNO di ruang-ruang media sosial, lantas ia makin menimbulkan kekalutan terhadap barisan tertinggi parti berkenaan.

20 MP BN Difitnah Bakal Sertai Pembangkang Guling Najib

Namun demikian, sehingga kini, ramai individu yang dituduh kononnya pengkhianat dan ‘duri dalam daging’ itu, bangkit membuat kenyataan menafikan spekulasi berkenaan lantas bakal mengambil tindakan.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa khabar angin tersebut hanyalah fitnah dan permainan politik kotor sesetengah pihak bagi mengeruhkan suasana dalam UMNO.

Tapi yang menimbulkan seribu tanda-tanya, siapakah individu yang bertanggungjawab di sebalik dalang terhadap penyebaran fitnah itu?

Datuk Nur Jazlan Mohamed
Datuk Nur Jazlan Mohamed

Menerusi satu kenyataan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, desas-desus tersebut dipercayai disebarkan sendiri oleh ahli UMNO.

Memetik kenyataan dari Ahli Parlimen Pulai itu dalam laporan Sinar Harian, “Ini kerja orang UMNO yang sengaja mahu pecah-belahkan parti sendiri. 


“Mereka nampak keadaan parti lemah mereka sengaja mahu keruhkan keadaan.”

Selain itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad pula menyifatkan senario tersebut sebagai ‘batu api’ dalam UMNO.

“Saya percaya ada pihak mahu melaga-lagakan dan memecah-belahkan kami.”

Antara nama pemimpin yang tersenarai dalam ‘pakatan’ tersebut adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna), Datuk Bung Muktar (Kinabatangan), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau). – MYNEWSHUB.CC

Najib Razak – Tak Mungkin Saya Curi RM2.6 Bilion

https://www.youtube.com/watch?v=eEZG2tx2lvQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori