Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Tertinggi UMNO Jumpa...

Pemimpin tertinggi UMNO dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob...

Objek Ala Dementor Dalam...

PENDUDUK di Zambia telah dikejutkan dengan objek pelik yang dihasilkan oleh awan yang...

Angkasawan Wanita Rusia Berang...

RUSIA – Yelena Serova merupakan wanita pertama Rusia yang akan dihantar ke Stesen...

Suspek Mandikan Mangsa Pada...

KAJANG – Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata suspek...

Khatib Tinggalkan Mimbar Takutkan ‘Pengebom’ Bunuh Diri

MANAMA – Jemaah sebuah masjid di Arab Saudi bergegas keluar manakala khatib yang sedang membaca khutbah turun daripada mimbar selepas dia melihat seorang lelaki memakai tali pinggang besar sambil memegang telefon bimbit.

Mengikut sumber, suasana panik timbul ketika jemaah masjid bersiap sedia untuk solat Jumaat di sebuah masjid di Jazan dekat bahagian selatan negara itu.

Walaupun sesetengah jemaah melarikan diri apabila mereka melihat lelaki dengan tali pinggang itu, ada yang menghubungi polis. Imam itu berkata dia hanya akan menyampaikan khutbah apabila keadaan kembali pulih, lapor laman berita Arab, Ajel.

Anggota polis kemudian membawa lelaki itu keluar dari masjid dan penyiasat mendapati dia memakai tali pinggang ortopedik mengikut arahan doktor berikutan sakit belakang akibat kemalangan jalan raya.

Lelaki itu cuba untuk menghubungi keluarganya dengan telefon mudah alih bagi memaklumkan keadaannya selepas keretanya rosak, kata jurucakap polis Jazan, Mohammad Al Harbi. Warga Arab Saudi cepat panik dan dan berhati-hati dengan individu yang mencurigakan selepas dua pengebom berani mati meletupkan diri di Wilayah Timur negara itu pada 22 dan 29 Mei lalu.


Pengebom pertama meletupkan bom pada tali pinggang di sebuah masjid Syiah di sebuah kampung di wilayah Qatif ketika solat Jumaat, membunuh 22 orang dan mencederakan beberapa yang lain. – AGENSI/BH ONLINE

 

https://www.youtube.com/watch?v=tlEyV4I-h4E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori