Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kabinet Setuju Laksana Sistem...

PORT DICKSON - Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem 'sewa dan beli' bertujuan...

Malaysia Terima Lagi Lebih...

SHAH ALAM - Sebanyak 2,017,500 lagi bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca telah dihantar...

Majikan Jangan Terpedaya ‘Ejen’...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen menasihatkan majikan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang...

Lapangan Terbang Kulim Boleh...

PETALING JAYA - Seorang pakar pengangkutan mengalu-alukan pengumuman mengenai pembinaan sebuah lapangan terbang...

Khusrin Kesal Masih Ramai Penjawat Awam Kaki `Menular’

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi kesal dengan sikap sebahagian penjawat awam yang masih gemar `menular’ pada waktu kerja.

Kata beliau, perkara itu dikesan melalui satu operasi oleh Unit Integriti Pejabat SUK Selangor pada 26 Ogos lalu di sekitar Shah Alam.

“Pada 26 Ogos lalu, Unit Integriti Pejabat SUK Selangor telah melaksanakan Operasi Pemantauan Pematuhan Waktu Bekerja di kedai-kedai makan sekitar Seksyen 3, 4, 6 dan 14 (Shah Alam).

“Didapati masih ada penjawat awam yang berdegil dengan minum pagi di luar waktu yang dibenarkan. Penjawat-penjawat awam yang ditangkap ini akan dirujuk kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan disiplin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Media pada Mac lalu melaporkan beberapa kakitangan kerajaan negeri yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di sini bertempiaran lari mengikut pintu belakang sebaik melihat kenderaan Mohamed Khusrin menghampiri premis berkenaan.

Mohamed Khusrin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas premis makanan ba­gi ‘menangkap’ ka­kitangan awam yang makan dan minum bukan pada waktu rehat ditetapkan dan ratusan penjawat awam dikesan melakukan kesalahan itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori