Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ranking UniMAP Naik Dalam...

KRAKOW (Poland) - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatatkan peningkatan dalam kedudukannya di Asia...

Aerotrain KLIA Rosak Lagi,...

SEPANG - Faktor usia terlalu tua dipersalahkan sehingga menyebabkan kerosakan terkini operasi rutin...

Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mahu semua...

Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku...

GEORGE TOWN - Kejadian histeria yang menjadi sebahagian daripada tajuk utama selepas ia...

Kilang Alat Ganti Kenderaan Terbakar Di Melaka

ALOR GAJAH – Sebuah kilang komponen alat ganti kenderaan yang membekal alat ganti kepada sebuah jenama kenderaan import terkemuka terbakar di Kawasan Perindustrian Pegoh di sini tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Razali Sabar berkata, kebakaran berpunca dari bahagian tengah kilang yang menyimpan alat ganti kenderaan.

“Punca kejadian dan nilai sebenar kerugian masih dalam siasatan. Siasatan awal mendapati 70 peratus daripada kawasan kilang musnah akibat kebakaran itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah malam dan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Ahmad Adli Abd. Rahman berkata, seramai 27 anggota bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu.


“Ketika tiba di lokasi pada 12.05 (tengah malam), api sedang marak sehingga menyebabkan runtuhan bumbung di tengah bangunan, namun tindakan pantas unit keselamatan kilang terbabit berjaya menyelamatkan 144 kakitangan yang sedang bekerja,” katanya.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada pukul 1.45 pagi dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori