Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

ISAM Peroleh Suntikan Semangat...

PUTRAJAYA - Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) hari ini menerima suntikan semangat daripada pengeluar kenderaan...

Video: Staf SAJ Diserang...

RAKAMAN video memaparkan dua lelaki 'gempal' tidak berbaju memukul seorang individu dipercayai kontraktor...

Ada 40% Semut Pemalas,...

WASHINGTON DC - Semut dikenali sebagai haiwan yang selalu bekerja keras dalam menjalankan...

Pembayaran BR1M Sebelum Aidilfitri...

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerima pada bulan...

‘Kita Memang Tunggu Mereka Letak Jawatan’

JOHOR BAHRU – Pas Johor mengalu-alukan perletakan jawatan mana-mana pemimpin mereka yang berminat menyertai parti baru bagi memastikan perjalanan parti itu dapat diteruskan dengan lebih baik.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perjalanan Pas negeri itu terganggu sejak Mei lalu apabila sebahagian ahli berjawatan tidak lagi menjalankan aktiviti parti sebaliknya berkempen untuk parti baharu yang bakal ditubuh.

“I’m very happy (saya sangat gembira). Saya selesa apabila mereka sudah meletak jawatan kerana mereka memang sudah tidak dapat jalankan tugas jadi elok sangatlah mereka letak jawatan.

“Kita memang tunggu mereka letak jawatan, banyak masalah dapat diselesaikan kerana sejak Mei mereka sudah tidak jalankan aktiviti parti kerana menunggu penubuhan parti baru malah turut berkempen untuk parti itu,” katanya, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang sudah meletakkan jawatan dan kekosongan jawatan akan segera diisi dengan melantik ahli yang lebih komited.

“Oleh kerana mereka sudah letak jawatan jadi kita tidak akan ambil tindakan sekiranya mereka tidak lakukan perkara yang merugikan parti kerana dalam tempoh ini mereka masih lagi ahli parti.


“Perjalanan parti akan diteruskan bagi kawasan yang mempunyai bilangan ahli jawatankuasa mencukupi dan mana yang kosong kita akan segera isi dengan ahli yang lebih komited,” katanya.

Mahfodz berkata, beliau yakin kedudukan parti khususnya di negeri ini akan lebih kukuh dengan peletakan jawatan lebih ramai pemimpin yang disifatkan sebagai musuh dalam selimut itu.

“Peletakan jawatan ini tidak beri kesan besar kepada kita kerana yang keluar parti hanya sebahagian AJK sahaja bukan semua ahli.

“Saya yakin parti akan pulih dan kedudukan akan lebih baik dalam tempoh dua, tiga minggu ini sebab tiada lagi musuh dalam selimut.

“Saya dimaklumkan juga masih ada beberapa pemimpin lain di peringkat kawasan akan turut meletak jawatan antaranya Pulai. Saya terima dengan terbuka dan doakan mereka berjaya dalam parti baru,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori