Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pancaragam SMK Sultan Ibrahim...

MODAL besar dilaburkan Kelab Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) Band...

Datuk ‘Sado’ 72 Tahun...

MESKIPUN tergolong dalam kategori warga emas, ianya tidak mengalang seorang datuk dari China...

Chong Wei Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei kekal di tangga...

Sebanyak 73 Masjid Terjejas...

KUANTAN - Sebanyak 7,300 naskhah Al-Quran rosak, manakala 73 buah masjid terjejas semasa...

KJ Sambut Baik Pembatalan Perpindahan 2 Pegawai SPRM

KUALA LUMPUR – Pembatalan perpindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri yang dibuat hari ini merupakan tindakan bijak dan wajar diambil, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Ia satu perkembangan yang positif,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan pada sidang media selepas sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian itu di Bukit Jalil di sini.

Dua pegawai SPRM itu ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Sebelum ini, kedua-duanya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata beliau gembira perundingan itu berjalan dengan baik dan kedua-dua pegawai itu dikembalikan semula jawatan mereka.

Low, yang bertanggungjawab dalam tadbir urus dan integriti, turut menegaskan tentang kepentingan melindungi kebebasan institusi seperti SPRM. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori