Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sambutan Tetamu Kehormat Di...

KUALA LUMPUR - Semua sambutan tetamu kehormat di sekolah perlu dihadkan supaya tidak...

Kerajaan Mula Import Bahan...

KUALA LUMPUR : Syarikat pengeluar ubat memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang...

Wanita Batuk Sampai Patah...

SEORANG wanita warga emas yang berusia 66 tahun, yang menghidap selesema, terkejut selepas...

Saarani Menghadap Sultan Perak...

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta...

KL GP: Afiq Ikhwan Buru Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Asia

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Afiq Ikhwan Yazid meletakkan sasaran menjuarai acara Lamborghini Super Trofeo Asia dalam perlumbaan KL City Grand Prix yang pertama kali dilangsungkan hujung minggu ini.

Afiq, 24, dari Starspeed Racing Team mahu mengambil kesempatan berlumba di gelanggang sendiri untuk meraih gelaran itu, sambil kekal di tempat teratas senarai pelumba dalam kategori Pro.

“Saya teruja mewakili Malaysia dalam perlumbaan Lamborghini. Sudah tentu saya mahu menamatkannya di tempat pertama. Jadi, kita tunggu apa kesudahannya.

Jika semuanya berjalan lancar, pasti tidak ada masalah.

“Saya menjuarai perlumbaan terakhir dan untuk kekal teratas dalam senarai pelumba, saya perlu meneruskan rentak kemenangan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan, di sini hari ini.

Afiq, yang mendahului kejohanan setakat ini dengan 15 mata selepas muncul pemenang di Fuji International Speedway, Jepun dengan catatan 50 minit 57.417 saat, pada Jun lepas, bagaimanapun mengakui dia akan menerima tentangan hebat khususnya daripada Davide Rizzo dari Itali untuk kejuaraan kali ini.

“Saya tidak ada masalah dengan saingan kerana ini adalah perlumbaan dan saya akan memberikan aksi terbaik untuk menewaskan mereka yang terbaik,” katanya.

Mengenai litar jalan raya itu, Afiq berkata masih ada ruang untuk meningkatkannya supaya sama taraf dengan litar jalan raya terbaik dunia.


“Saya ada berjalan-jalan di litar ini pagi tadi dan ia cukup menarik dan cantik. Sebagai penganjur kali pertama, mereka sudah melakukan tugas dengan baik tetapi masih ada ruang memperbaiki khususnya terhadap permukaan litar dan pengurusan” katanya.

Afiq, yang membuat penampilan pertamanya dalam perlumbaan jalan raya di Litar Antarabangsa Sepang pada 2012, sudah memenangi enam gelaran dalam siri Super Trofeo setakat ini.

Kejohanan enam pusingan ini akan bersambung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 5 dan 6 Sept selepas perlumbaan di sini.

KL City GP, festival perlumbaan kereta supersports di litar yang dikhaskan sepanjang jalan raya utama di Kuala Lumpur akan menyaksikan pelbagai perlumbaan kereta GT seperti Lamborghini Super Cup, Formula Masters, Porsche Carrera Cup dan Audi R8 LMS Cup selain demonstrasi lima pasukan terbaik siri supercars V8.

Perlumbaan itu akan bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan melalui Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pinang serta berakhir di KLCC. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori