Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fama N.Sembilan Cadang Wujud...

SEREMBAN ā€“ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (Fama) Negeri Sembilan bercadang untuk mewujudkan...

Obsesi Untuk Dapat 5A...

TERLALU obses untuk mengejar gred hanya menjadikan sekolah sebuah institusi yang menakutkan kerana...

Tiba Masanya Malaysia Hasilkan...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya Malaysia mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin...

Muhammad Irfan, Atlet Muda...

KUALA LUMPUR - Pada usia 22 tahun, atlet muda Muhammad Irfan Shamsuddin berada...

KL GP Berjaya Tarik 250,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR – Kehadiran kira-kira 250,000 pengunjung membuktikan penganjuran perlumbaan Kuala Lumpur City Grand Prix(KL GP) berjaya mendapat sambutan hangat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin berkata keterbukaan minda pengunjung terutamanya dalam kalangan rakyat tempatan dapat dilihat menerusi program itu dan ia penting bagi menjadikan perlumbaan itu setanding dengan perlumbaan di negara lain.

“Monaco Grand Prix dan Singapore Grand Prix adalah contoh program perlumbaan bertaraf dunia disebabkan ia mempunyai kelompok peminat tersendiri yang bermula daripada sokongan rakyat tempatan,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Mhd Amin berkata walaupun beberapa masalah dihadapi sepanjang tiga hari perlumbaan berlangsung, usaha keras penganjur dalam memastikan program berjalan lancar wajar dipuji.

Katanya, strategi promosi bagi penganjuran KL GP tahun hadapan akan diperhebatkan selain menambahbaik sebarang kelemahan pada penganjuran kali ini.

Tinjauan Bernama mendapati pengunjung yang memeriahkan acara berprestij itu teruja dengan perlumbaan itu malah ada pelancong dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk acara berkenaan.

Pelancong dari Australia, Brian Zammitt, 46, yang ke Malaysia atas urusan perniagaan berkata pengalaman menyaksikan acara perlumbaan jalanan seperti itu sangat dinantikan memandangkan beliau peminat setia sukan permotoran.


“Saya kira ini acara hebat…sebenarnya saya merancang pulang esok malam, tetapi sekarang bercadang tinggal seminggu lagi,” katanya.

Manakala anak perempuan Zammitt, Natalie Zammit, 19, yang tiba di Kuala Lumpur tiga jam sebelum acara bermula sanggup terbang dari Sydney selepas diberitahu ayahnya mengenai acara tersebut.

“Saya tak pernah lihat perlumbaan seperti ini…lebih hebat dari yang saya jangka, cadang untuk datang lagi tahun depan,” katanya.

Pengunjung tempatan, Hasri Abdullah, 28, pula berkata, kedatangannnya ke acara tersebut ternyata berbaloi apabila melihat kualiti persembahan yang dipamerkan oleh para pelumba.

“Saya rasa seperti menonton perlumbaan filem “Too fast too furious”. Walaupun saya tidak biasa naik pengangkutan awam, hari ini saya naik tren semata-mata untuk sampai ke sini,” katanya.

KL City GP, festival perlumbaan kereta supersports di litar yang dikhaskan sepanjang jalan raya utama di Kuala Lumpur menyaksikan pelbagai perlumbaan kereta GT seperti Lamborghini Super Cup, Formula Masters, Porsche Carrera Cup dan Audi R8 LMS Cup selain demonstrasi lima pasukan terbaik siri supercars V8.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori