Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

2 Warga China Ditahan,...

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga China ditahan selepas menyamar sebagai sami dan ejen...

Jual Buah, Sayur Busuk...

PUTRAJAYA – Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan...

Utusan Tak Dapat Kebenaran...

PUTRAJAYA - Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka memperoleh...

Model Dedah Seluar Dalam...

SEORANG model di Bangkok, Thailand telah ditangkap dan didenda selepas gambarnya dalam aksi...

KPDNKK Digesa Pantau Hospital Swasta Kenakan Caj Tinggi

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa memantau beberapa hospital swasta yang dikatakan mengambil kesempatan mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi kepada pesakit susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1 April lepas.

Ini berikutan aduan daripada pengguna yang diterima badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama memberitahu lebih 10 aduan diterima pihaknya berhubung isu itu.

Menurutnya, mereka yang berpendapatan pertengahan antara RM2,300 hingga RM7,000 sebulan ialah golongan paling terkesan kerana mereka lebih cenderung mendapatkan rawatan di hospital swasta yang menjanjikan perkhidmatan selesa dan pantas.


GST yang diperkenalkan pada kadar enam peratus itu menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan sehingga 16 peratus sebelum ini. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori