Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MRSM Ke-2 Untuk Anak...

KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Pukul Anak Kerana Biskut...

Amarah yang tak kena pada tempat akhirnya membawa padah kepada seorang bapa.Mengaku bersalah...

Polis Thai Patahkan Cubaan...

BANGKOK - Polis antinarkotik Thailand menahan dua lelaki tempatan dan merampas 447...

Anggota Polis Cedera Ketika...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal mengalami kecederaan apabila bertindak...

KPDNKK Muar Rampas Barangan Bernilai Lebih RM600,000 Sejak Jan

MUAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Muar berjaya merampas barangan bernilai RM609,868 kerana pelbagai kesalahan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua cawangannya, Nor Azmi Lamisza berkata jumlah rampasan itu menunjukkan peningkatan berbanding RM115,648 yang dibuat dalam tempoh sama tahun lepas.

“Nilai rampasan yang paling banyak adalah melalui Akta Perihal Dagangan 2011 sebanyak RM591,836, Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 (RM7,580), Akta Hak Cipta 1987 (RM5,000), Akta Timbang dan Sukat 1972 (RM4,640), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (RM599) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM212),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri pejabat itu di sini, hari ini.

Nor Azmi juga berkata sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini, pihaknya berjaya mengutip kompaun sebanyak RM15,250 berbanding RM13,700 sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, bagi tempoh sama, sebanyak 91 kes telah dicatatkan dan 17,792 premis diperiksa.


“Kami juga mengalu-alukan sebarang maklumat yang boleh membantu kami dan semua maklumat yang diberikan adalah rahsia.

“Jika ia membabitkan nilai rampasan yang besar, pemberi maklumat akan juga diberikan penghargaan tertentu,” katanya sambil menambah pihaknya menerima 189 aduan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar mendapatkan hak mereka melalui Tribunal Tuntutan Pengguna jika terdapat pertikaian dengan penjual kerana ia merupakan langkah terbaik bagi mengelak penipuan.

“Pengguna boleh mengemukakan permohonan dengan membayar RM5 dan keputusan tribunal ini perlu dipatuhi oleh semua pihak,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori