Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bapa 2 Anak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Kerajaan Cari Kaedah Realistik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mencari kaedah yang lebih realistik bagi pelan jangka...

Squid Game Ada Juga...

RASANYA, waktu ini, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Netflix sama ada sudah atau...

Beri Mandat Kuat Kepada...

SARATOK - Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mahu rakyat Sarawak memberikan Ketua...

KPDNKK T’ganu Rekod 268 Kesalahan Peniaga Sehingga Julai 2015

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 268 kes atas pelbagai kesalahan membabitkan peniaga direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah KPDNKK Terengganu, Md Nawawi Ab Rahman berkata ia melibatkan rampasan bernilai RM167,839.07 dan kompaun sebanyak RM37,300.

“Ini adalah kejayaan KPDNKK Terengganu kerana telah berjaya mengesan pelbagai jenis kesalahan ini melebihi sasaran awal iaitu 267 kes bagi tempoh berakhir Disember tahun ini.

“Dengan komitmen tinggi semua kakitangan dan pegawai penguatkuasa KPDNKK Terengganu, sasaran itu berjaya dicapai dalam tempoh tujuh bulan sahaja.

“Antara faktor kejayaan ini ialah kami sentiasa membuat pemeriksaan berikutan tiada hari tanpa operasi di Terengganu,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes direkodkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang melibatkan rampasan bernilai RM13,409.50 dan kompaun sebanyak RM13,600.


Selain itu, sebanyak 106 kes direkodkan mengikut kesalahan Akta Timbang dan Sukat 1972 membabitkan nilai rampasan sebanyak RM35,830 dan kompaun RM13,950.

Beliau berkata sebanyak 65 kes lagi adalah kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 melibatkan rampasan bernilai RM117,223.40 dan kompaun sebanyak RM5,750 manakala 17 kes direkodkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan nilai rampasan RM1376.17.

“Walaupun kita sudah mencapai sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini, kita akan terus turun padang untuk membuat pemeriksaan secara berkala dan bertindak atas aduan yang dikemukakan orang ramai,” katanya.

Ditanya mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pihaknya kini semakin kurang menerima aduan atau pertanyaan daripada orang ramai berbanding ketika ia mula diperkenalkan pada April lalu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori