KUIL Erawan Shrine yang dibom di Bangkok dibuka semula untuk kunjungan orang ramai selepas dua hari kejadian pengeboman yang mengorbankan 22 orang selain mencederakan ratusan pengunjung menggemparkan ibu kota negara Gajah Putih terbabit.
Tempat ibadat yang juga menjadi kawasan tarikan pelancong itu dibuka selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.
Pihak polis Thailand dilaporkan masih lagi giat mencari suspek dan dalang kepada insiden terbabit yang turut mengorbankan empat rakyat Malaysia.
Kebanyakan penduduk di kawasan berdekatan hadir ke tempat kejadian bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa yang terkorban.
Kuil itu mengalami sedikit kerosakan yang mana dapat dilihat menerusi salah satu patung dewa Hindu, Brahma yang ditempatkan di kuil terbabit. – MYNEWSHUB.CC
Suspek dan dalang insiden pengeboman di Kuil Erawan Shrine, Bangkok
https://www.youtube.com/watch?v=FOebbXUMmAo