Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

ADUN Nenggiri, Dakwa Speaker...

GUA MUSANG - Datuk Mat Yusoff Ab Ghani yang diisytihar muflis, mendakwa masih...

MRT, LRT, Monorel Diskaun...

SISTEM pengangkutan awam Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah dirasmikan...

Perjalanan Hidup Saya Tidak...

KUALA LUMPUR - Miss Malaysian India 2018, P. Pavithra membuktikan kesusahan hidup keluarganya...

Pelancong, Pelawat Teruja Lihat...

KUALA LUMPUR – Pelancong dan pelawat yang mengunjungi sebuah pusat membeli-belah utama di...

Kumpulan ‘Mafia’ Manipulasi Harga Daging

Jakarta – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengesyaki ada kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam peningkatan harga daging di pasaran negara itu baru-baru ini.

Harga daging melonjak Rp140 ribu (RM41.11) sekilogram walaupun Menteri Pertanian, Sulaiman memberitahu, negara itu mempunyai stok yang mencukupi untuk empat bulan akan datang.

“Terdapat kumpulan yang sengaja menyembunyikan bekalan daging di pasaran dan perkara ini disiasat,” kata Jokowi.

Beliau juga menegaskan bahawa bekalan daging mencukupi.

“Persoalannya, jika kerajaan mengimport daging dalam jumlah yang besar adakah harganya akan turun?” soalnya.

Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel baru-baru ini meluluskan import 50,000 lembu dari Australia.


Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding suku tahun sebelum ini iaitu 270,000 ekor.

Jumlah yang terlalu rendah itu dikatakan mencetus manipulasi harga daging oleh beberapa pihak yang mahu memaksa kerajaan meningkatkan kembali jumlah import lembu.

Pengerusi Suruhanjaya Parlimen, Heri Gunawan berkata, pengurangan import lembu itu memberi kesan kepada ‘mafia daging’.

“Pengurangan itu menyebabkan kumpulan berkenaan mengalami kerugian besar dan memaksa mereka memanipulasi harga daging,” katanya. – Agensi/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori