Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Piala AFF Suzuki: LRT...

KUALA LUMPUR – Orang ramai disaran menggunakan LRT ke Stadium Nasional Bukit Jalil...

Cipta Rekod Kanak-Kanak Berselawat...

IPOH - Perak mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila 1,588...

Laporan Myscan Platform Rujukan...

KUALA LUMPUR - Laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ (MyScan) yang pertama di...

Dollah Salleh Letak Jawatan...

SEPANG - Dollah Salleh lewat Jumaat meletak jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau...

Lagi Kubur Mangsa Pemerdagangan Manusia Ditemui

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu malam mengesahkan penemuan beberapa buah kubur lagi di kawasan sempadan Perlis dan Thailand.

Beliau berkata kubur-kubur itu “adalah sebahagian daripada penemuan yang asal.”

Beliau berkata demikian kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan penemuan kubur mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang baharu di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Sementara itu di ALOR SETAR, sumber pasukan keselamatan negara mengesahkan kubur-kubur itu terletak tidak jauh daripada kubur yang ditemui oleh pihak polis pada Mei lepas.

“Ia merupakan kubur-kubur lama, tetapi baharu sahaja ditemui oleh pasukan keselamatan negara baru-baru ini. Ia terletak tidak jauh daripada kubur-kubur yang kita temui Mei lepas,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu malam.

Seorang lagi sumber keselamatan berkata, kubur-kubur yang baru ditemui itu terletak di bahagian Bukit Wang Burma yang lebih tinggi daripada kubur-kubur lama yang ditemui Mei lepas.

Sumber itu juga enggan mengesahkan sama ada rangka mayat terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam ini untuk dibedah siasat.


Sementara itu, kakitangan HSB juga enggan mengulas mengenai dua buah trak polis yang beradabdi rumah mayat hospital itu kira-kira 9.30 malam Sabtu.

Trak-trak polis itu dipercayai membawa beberapa beg plastik mengandungi rangka manusia yang digali daripada kubur yang baharu ditemui itu.

Pada Mei lepas, pasukan keselamatan negara telah menemui beberapa kubur mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma yang menemui 106 mayat.

Pihak berkuasa agama Islam Kedah dengan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengebumikan 99 daripada mayat mangsa yang ditemui itu di Tanah Perkuburan Islam Khairiah Kampung Tualang, Pokok Sena setelah dibedah siasat. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori