Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Biawak Sesat ‘Serang’ Pasar...

SEEKOR biawak sesat yang selamba sahaja berlegar-legar di dalam sebuah pasar raya besar...

Wow! Pasangan Pengantin Hadiahkan...

KEBIASAANNYA dalam sebuah majlis meraikan sepasang mempelai yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga....

Johan Beli Mesin Video,...

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video...

Sediakan Modul Pembangunan Kepimpinan...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta pihak Institut Penyelidikan dan...

Laluan Tren Tumpat-Kemubu Dibuka Semula Pada 31 Ogos

KUALA LUMPUR – Laluan tren dari Tumpat ke Kemubu akan beroperasi semula mulai 31 Ogos ini selepas dihentikan akibat banjir tahun lepas.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi kelulusan untuk laluan itu dibuka semula selepas berpuas hati dengan aspek keselamatannya.

“Bagaimanapun kita tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana masih terdapat kerja membaik pulih jambatan di Kemubu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Peraduan Kira dan Menang Sehati Sejiwa di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata KTMB tidak akan menaikkan tambang dalam masa terdekat walaupun terdapat perancangan untuk berbuat demikian.


Katanya kini 70 peratus daripada penumpang KTMB terdiri daripada golongan wanita dan 45 peratus pula merupakan warga asing.

Mengenai peraduan itu, Sarbini berkata ia untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penumpang KTMB yang peraduannya dibuka kepada semua warganegara Malaysia bermula hari ini dan berakhir pada 22 Sept. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori