Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tragis! Warga Emas Maut...

PETALING JAYA - Akibat cuai ketika ingin membuang sampah, seorang wanita maut selepas...

Calon SPM P.Pinang Hadapi...

GEORGE TOWN - Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang...

Rafizi Ramli Dipenjara 18...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini dijatuhi hukuman...

Jambatan Labuan-Menumbok Dijangka Siap...

LABUAN - Jambatan Labuan-Menumbok yang menghubungkan pulau bebas cukai ini dengan tanah besar...

Lan Pet Pet Dipuji, Bahayakan Diri Nak Tolong Mangsa Kemalangan

SALAH seorang pelawak dari kumpulan Senario, Lan Pet Pet menerima pujian melangit kerana tindakan murninya sanggup turun dari kenderaan yang dinaiki di tengah jalan semata-mata untuk membantu mangsa kemalangan.

Lebih mengharukan, Lan dilaporkan menolak tepi keselamatan dirinya semata-mata untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Kejadian tersebut dimaklumkan seorang gadisyang menjadi saksi kejadian, Fairuz Arshad.

Fairuz malah sebelum mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti keprihatinan Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 46.

Untitled

Tulisnya, “Baguslah Lan Pet Pet ni.. Tadi accident jalan nak ke menara yang dia nak ke dataran.. jalan tak sama kan..dia berhenti kereta dulu tengah tengah jalan Lan pi tolong orang yang accident tu..india kot yang accident tu dok tengah terbaring ja..”

11796224_838989439504285_7583809791157604287_n 11800540_838989486170947_1849563903306999068_n 11811566_838989386170957_7182505815641501360_n 11822275_838989466170949_8396078720375118588_n

Tindakan Lan sememangnya layak menerima pujian dan dijadikan contoh bagaimana sikap mengambil berat harus diamalkan oleh setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.


Statusnya sebagai public figure tidak dijadikan tiket untuk Lan mengabaikan tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan bantuan.

Apa yang ditulis Fairuz dalam perenggan akhirnya juga harus membuka mata ramai!

Ya, seandainya berlaku apa-apa kecelakaan, tindakan pertama yang dilakukan kebanyakan orang masa kini adalah mengambil gambar dan video, bukannya membantu pihak tersebut, kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Wakenabeb Lan Pet Pet

https://www.youtube.com/watch?v=cOF70CPd1kY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori