Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Lancar 3...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan...

Amaran Hujan Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat...

Ambil Berat Masalah Anak-Anak,...

MELAKA - Orang ramai diminta supaya tidak menghukum seseorang berikutan sesuatu kejadian sesuka...

Peniaga Ikan Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang peniaga ikan di Pasar Besar Seremban di sini maut apabila...

3 Laporan Polis Diterima Berhubung Cubaan Guling Kerajaan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai usaha-usaha individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat kerana didakwa terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi seorang tokoh UMNO dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

“Sekiranya ada maklumat dan bukti yang kukuh mengatakan ada individu yang ingin menggulingkan kerajaan barulah polis akan siasat,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan dan Pengarah Cawangan Khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai notis kebenaran untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu depan, Khalid berkata pihak penganjur tidak memberikan notis yang lengkap kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

“Sepatutnya mereka menyerahkan pada Jumaat lalu tetapi tidak lengkap dan sehingga kini masih belum mendapat kebenaran. Saya difahamkan penganjur akan memberikan notis lengkap pada hari ini.

Mengenai pemilihan lokasi membuat perhimpunan itu, Khalid berkata perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan di Padang Merbok dan Dataran Merdeka memandangkan kawasan berkenaan akan digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan 2015.


“Mereka menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir, sebaiknya perhimpunan itu dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia lebih sesuai dan penganjur perlu lebih rasional dalam membuat pemilihan tempat,” katanya.

Sementara itu, lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan komplot menggulingkan kerajaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

NGO itu ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM); Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selagor (GEGAS); Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS); Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM); Akhlak Rahsia Cekal (ARC); Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS); Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (REFORMIS) dan Kipidap Don Gibab.

“Jika mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan kerajaan sekarang tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk membuat pilihan … jangan cuba kucar-kacirkan keadaan,” kata Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili gabungan NGO berkenaan kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori