Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Zizan ‘Join’ Segmen JoHaRa,...

SELEPAS memeriahkan bidang pengacaraan, pelakon dan pelawak Zizan Razak kini terjun ke konti...

Tun Mahathir Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad...

Berjihad Untuk Membantu Kanak-Kanak...

DALAM keterujaan, hati berdebar di sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki...

Hospital Sungai Petani Cuai,...

SERAM dan ngeri. Seorang wanita tidak menyangka, kesakitan luar biasa yang dirasai setelah selamat melahirkan...

Laungan Merdeka Bergema Detik 12 Malam Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Rakyat di seluruh negara menyambut ambang Merdeka, menandakan bermulanya sambutan Hari Kebangsaan 2015 di seluruh pelusuk negara dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.

Acara kemuncak sambutan tertumpu di perkarangan Stadium Bukit Jalil dengan acara mengira detik 12 malam menandakan tibanya 31 Ogos, hari kemerdekaan negara.

Laungan “Merdeka!” dan nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan penuh bersemangat oleh ribuan hadirin pada detik itu sebelum cahaya bunga api menerangi langit di kawasan itu.

Di SHAH ALAM, ribuan pengunjung menyertai program ambang Merdeka peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan.

Program itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan exco kerajaan negeri.

Selain bacaan ikrar Rukun Negara, program itu turut dimeriahkan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang dan persembahan bunga api.

Di KUCHING, majlis kesyukuran diadakan di Masjid Bahagian Limbang menandakan sambutan ambang itu dengan dihadiri antaranya Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.


Di JOHOR BAHARU, antara acara menarik menyaksikan pelancaran Projek Johor Free Wifi, yang bakal menyaksikan sebanyak 135 kawasan hotspot wifi percuma di seluruh Johor hari ini

Di KUALA NERUS, lebih 10,000 orang membanjiri sekitar Kompleks Sukan Stadium Tertutup Gong Badak di sini bagi menyambut malam ambang Merdeka.

Di SEREMBAN, sambutan itu dimeriahkan dengan perarakan 16 buah kereta berhias daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, parti politik serta swasta.

Di MELAKA, sambutan di Jalan Hang Tuah diserikan dengan nyanyian dondang sayang dan tarian joget yang sinonim dengan negeri itu.

Di KANGAR, sambutan ambang Merdeka itu didakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Sirajuddin Putra antaranya meliputi persembahan kebudayaan dan nyanyian
lagu-lagu patriotik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori