Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Jawab HP Di...

MANA mungkin, rakyat Malaysia lupa mengenai insiden ngeri menimpa seorang wanita yang melecur teruk...

Ribuan Rakyat AS Protes...

BERIBU-RIBU penduduk mengadakan tunjuk perasaan jalanan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat (AS)...

Azeez Rahim, Abang Ditahan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa telah menahan Ahli Parlimen Baling,...

Keputusan Akan Dibuat Sama...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan akan memaklumkan keputusan mengenai sama ada sekolah yang...

Lebih 12 Maut Dalam Letupan Bom Di Tengah Bangkok

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 12 terkorban dan banyak lagi cedera dalam satu letupan bom di tengah-tengah kota Bangkok malam tadi, kata polis Thai.

Letupan pada pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong berdekatan kuil dewa Hindu Erawan dan pusat beli-belah di Bangkok.

Ia juga merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Dilaporkan peniaga di sepanjang jalan itu dipercayai antara mangsa letupan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Thai Jen Somyot Poompanmoung berkata letupan itu adalah berpunca daripada bom “TNT”.

Persimpangan Ratchaprasong, di tengah-tengah Bangkok, merupakan lokasi demonstrasi untuk kumpulan Baju Merah pada 2010 dan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) yang diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014 yang kemudiannya mencetuskan rampasan kuasa serta penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.


Walaupun letupan berlaku tidak jauh dari stesyen Chitlom bagi Perkhidmatan Kereta Api Bangkok atau lebih dikenali sebagai “skytrain”, perkhidmatannya masih berjalan.

Timbalan Jurucakap bagi kerajaan Mej Jen Weerachon Sukhonthapatipak berkata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-ocha telah dimaklumkan mengenai letupan kuat itu dan pasukan pemusnah bom telah diarahkan ke sana.

Beliau berkata setakat ini tiada rancangan untuk menutup sekolah dan bank di kawasan berhampiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori