Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UMNO Muar Harap Muhyiddin...

MUAR - UMNO Bahagian Muar berharap dengan keputusan kekal dalam parti, Tan Sri...

2 Rakyat Vietnam ‘Geng...

BALIK PULAU - Dua lelaki Vietnam anggota 'Geng Tebuk Besi’ ditahan manakala dua...

Pandangan TMJ Wajar, Ada...

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor menyifatkan pandangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail...

Gambar: Gadai Nyawa Semata...

SEBELUM ini gambar selfie paling win di kalangan rakyat Malaysia pastinya jatuh kepada...

Lebih 2,000 Lelaki Malaysia Hidap Kanser Paru-Paru

SERDANG – Lebih 2,000 lelaki di Malaysia disahkan menghidap kanser paru-paru setiap tahun, menjadikan penyakit itu sebagai ‘musuh’ utama kaum lelaki di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Beliau berkata, selepas kanser paru-paru, dua lagi penyakit barah yang sering menyerang kaum lelaki adalah kanser usus serta kanser hidung dan tekak.

“Bagi wanita pula, kanser nombor satu ialah kanser payu dara diikuti kanser pangkal rahim dan kanser paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Persatuan Bronkologi dan Intervensi Pulmonologi Malaysia (MABIP) di Hospital Serdang di sini, hari ini.

Dr. Hilmi berkata, kebimbangan terhadap risiko jangkitan paru-paru tidak boleh lagi dikaitkan dengan gaya hidup termasuk tabiat merokok semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Sementara itu, Pengerusi MABIP, Dr. Jamalul Azizi Abdul Rahaman berkata, pesakit paru-paru termasuk mereka yang menghidap asma akut tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di luar negara, sebaliknya prosedur berkenaan boleh dilakukan di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori