Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ejen Kastam Tertakluk Kepada...

PUTRAJAYA - Sistem Mata Demerit akan diperkenalkan kepada semua ejen kastam berkuat kuasa...

Agong Disambut Selaku Ketua...

KUALA LUMPUR - Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi...

Mahathir Dulu Pun Umum...

LANGKAWI - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menempelak...

Teruja Jaringkan Gol, Aksi...

AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda...

Lelaki Kumpul Duit Syiling Beli Cincin Berlian Kekasih

SEMEMANGNYA benar cinta itu tiada sempadan dan sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cinta masing-masing.

Seorang lelaki di China ini juga membuktikan bahawa tiada yang dapat menghalang cintanya walaupun tidak mempunyai harta benda sekaya orang lain.

Menurut sumber, Liang Liang yang berusia 30 tahun dikatakan sanggup membawa duit syiling seberat 150 kilogram dengan menggunakan basikal roda tiga miliknya ke kedai barangan kemas di Fuyang.

Di situ dia dilaporkan membeli sebentuk cincin berlian istimewa untuk kekasihnya.

Liang berjanji untuk melamar kekasihnya sejak kecil lagi malah memegang janji itu sehingga ke hari ini dan akhirnya berjaya melamar wanita itu.


Duit syiling yang dibawa Liang itu bernilai lebih RM7,000 sekali gus membolehkannya membeli cincin permata untuk buat buah hatinya itu.

WM1

Pekerja kedai tersebut menghabiskan separuh daripada hari mereka untuk mengira nilai duit syiling yang dibawa Liang bagi membuat pengesahan.

Bahkan pemilik kedai tersebut dikatakan telah mempamerkan duit syiling itu di situ bagi membuktikan wujudnya cinta sebenar yang tulus. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori