Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Warga Paris Guna Twitter...

RENTETAN insiden letupan besar dan tembakan pengganas yang berlaku di Paris, warga ibu...

Pelancong, Pelawat Teruja Lihat...

KUALA LUMPUR – Pelancong dan pelawat yang mengunjungi sebuah pusat membeli-belah utama di...

Nik Zawawi Diarah Tarik...

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

20,885,218 Daftar Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR - Empat negeri masih merekodkan kadar pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19...

Lenovo Menawarkan Jam Pintar Percuma Buat 100 Pembeli Terawal

LENOVO Malaysia akan mula menjual telefon pintar memfokuskan fotografi daripada mereka, iaitu Lenovo Vibe Shot pada minggu hadapan iaitu pada18 Ogos.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi kini mereka telah mengemaskini halaman web utama, dan memperlihatkan promosi yang akan ditawarkan.

Daripada promosi yang diperlihatkan oleh Lenovo Mobile Malaysia, mereka akan menawarkan jam tangan pintar Moto 360 secara percuma untuk 100 pembeli terawal Vibe Shot melalui jualan atas-talian, selain turut menawarkan Lenovo Selfie Flash secara percuma.

Jualan akan dimulakan pada 18 Ogos 2015 ini bermula 10 pagi – tetapi harga masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Bagi yang tidak ketahui akan Lenovo Vibe Shot, ia merupakan salah satu telefon pintar dengan fokus terhadap kamera. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 615, memori 3GB RAM, dan sokongan dwi-SIM.


Menjadi fokus adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal dan juga inframerah – serta beberapa mod rakaman yang khusus.

Telefon ini turut menyertakan kamera hadapan 8-megapixel bersama-sama dengannya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Lenovo

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori