DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Pelantun lagu Mermaid, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna menerima pujian ramai netizen kerana pendirian yang jelas menunjukkan dirinya masih berpegang kepada asas sebagai seorang Islam.
BERKAITAN:  Yuna Rakam Lagu Dengan Penyanyi Antarabangsa Usher
Prinsip tersebut disaksikan ramai setelah seorang peminat mengajukan soalan kepada Yuna di laman sosial tentang konsert terbarunya yang bakal diadakan di KLCC pada Oktober depan.
Kisahnya, pemilik akaun Twitter, @thisisgiralka bertanyakan satu soalan kepada Yuna berkenaan pintu masuk konsert yang dimaklumkan penganjur akan dibuka pada jam 7 malam.
@yunamusic so your gig at KLCC this Oct, what time does it actually start? is there time for Maghrib prayer? it says doors open at 7pm.
— ˗ˏˋ hanna ˊˎ- (@thisisgiralka) August 13, 2015
Lantas, Yuna menjawab soalan tersebut dengan cadangan supaya peminat beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu di surau KLCC sebelum datang ke tempat berlangsung persembahannya.
Come whenever you like after prayers. There's a surau in klcc. I'd probably be there too. https://t.co/tct1hhPQVS
— YUNA (@yunamusic) August 13, 2015
Hi everyone a lot of you are asking about doors opening at 7pm for my shows in KL.. Muslims please feel free to come after maghrib.
— YUNA (@yunamusic) August 15, 2015
Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan, konsertnya bukanlah bermula tepat jam 7 malam walaupun penganjur membuka pintu masuk pada waktu tersebut.
Jelas Yuna, yang paling utama adalah solat terlebih dulu sebelum persembahannya.
It's pretty obvious but since you're asking. Organizers state that the doors opening at 7 doesn't mean I go on immediately. Prayers first.
— YUNA (@yunamusic) August 15, 2015
Penjelasan tersebut kemudiannya menerima reaksi positif ramai yang memuji Yuna kerana bukan sahaja berpegang kepada asas sebagai muslim, tetapi juga menghormati waktu Maghrib. – MYNEWSHUB.CC
Persembahan Yuna Dengan Lagu Rescue