Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lebih 700,000 Dapatkan Khidmat...

TELUK INTAN - Lebih 700,000 orang mendapatkan khidmat bantuan daripada Agensi Kaunseling dan...

MyDAMS Selaras Urus Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Pengurusan keselamatan empangan seluruh negara bakal diselaraskan melalui Garis Panduan...

Malaysia Terus Main Peranan...

Malaysia akan terus memainkan peranan utamanya dalam rundingan damai di Selatah Thailand berdasarkan...

Jemaah Diminta Ketepikan Isu...

BESUT - Bakal haji diingatkan supaya mengetepikan seketika isu berkaitan politik dalam negara...

Letak Mayat Ditembak Tentera Depan Pejabat Tentera

JAYAPURA (Indonesia) – Mayat dua penduduk yang maut ditembak sekumpulan askar di Timika, wilayah Papua awal pagi Jumaat diletakkan di tengah jalan berhadapan pejabat unit polis tentera sebelum dikebumikan.

Keranda yang mengandungi mayat mangsa diletakkan di tengah jalan berkenaan sejak jam 10 pagi (waktu tempatan) untuk upacara penghormatan terakhir.

Dua penduduk itu maut selepas dua askar Indonesia bertindak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk dalam satu pergaduhan pada jam 2.35 pagi (waktu tempatan) Jumaat.

Kejadian berlaku apabila dua askar terbabit yang menunggang motosikal dilaporkan bergaduh dengan 100 penduduk yang kebetulan sedang berpesta di tepi sebatang jalan.

Pergaduhan mula tercetus selepas penduduk kawasan berkenaan yang mabuk lantas memarahi dan mengerumuni askar berkenaan kerana didakwa menunggang motosikal dengan laju.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiga lagi askar tiba di lokasi kejadian untuk membantu rakan mereka sebelum dua daripada mereka melepaskan tembakan secara rambang.


Tembakan itu menyebabkan dua penduduk tempatan, Yulianus Okoare, 18; dan Imanuel Marimau, 23; maut manakala dua lagi cedera parah.

Upacara penghormatan terakhir dua mangsa berkenaan diadakan di depan pejabat unit polis tentera, lokasi dua askar berkenaan ditahan.

Jeneral tentera Indonesia di Papua, Paulus Waterpauw yang hadir ke upacara berkenaan, disambut dengan raungan serta tangisan keluarga mangsa. – Agensi/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori