Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zahirah Nafi Selfie Depan...

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di...

Operasi Mencari Pesawat QZ8501...

SINGAPURA- Operasi Mencari dan Mengesan (SAL) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang akan...

Kes Jong-nam: 70 Klip...

SHAH ALAM - Lebih 70 klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan...

Kes Gempar! PPIM ‘Terjah’...

NAMA Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) masih berbisa! Kali ini badan bukan kerajaan...

Letupan China: Bomba Masih Hidup Selepas 31 Jam Hilang

SUSULAN insiden letupan besar di utara China, seorang anggota bomba tempatan yang dilaporkan hilang telah dijumpai semula masih lagi hidup selepas 31 jam nahas itu berlaku.

Menurut akhbar tempatan, anggota bomba terbabit telah terperangkap lebih 31 jam selepas dua letupan besar menggegarkan pelabuhan Tianjin kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Zhou Ti, 19, merupakan antara kumpulan pasukan bomba yang pertama ditugaskan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran yang berlaku.

Zhou Ti yang melecur di bahagian muka serta beberapa anggota badan yang lain dihantar ke Hospital Teda untuk mendapat rawatan lanjut. Media tempatan menyatakan dia kini berada dalam keadaan yang stabil.

Seramai 17 orang anggota bomba dilaporkan telah terkorban akibat daripada letupan dahsyat berlaku di sebuah gudang di pelabuhan itu yang bersamaan dengan 24 tan bom TNT.


Jumlah kematian terkini juga mencatat lebih 50 orang telah terkorban dan dipercayai akan meningkat manakala lebih 700 kini dimasukkan ke dalam hospital. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Rakaman letupan yang berlaku di Tianjin, China

https://www.youtube.com/watch?v=YeXBME2YVQo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori