Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peruncit Kongsi Manfaat GST...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar...

Al Sharq Forum Buka...

KUALA LUMPUR – Al Sharq Forum, sebuah organisasi pemikir bebas pro-demokrasi, telah membuka...

Gaya Model Si Cilik...

JIKA ditanya mengenai dunia peragaan sekarang, pasti nama-nama model baru yang semakin popular...

Wajib Pasang Pelekat Pemantul...

PUTRAJAYA - Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari...

Letupan Gudang Di Tianjin Korbankan 17, 400 Lagi Cedera

TIANJIN: Sekurang-kurangnya 17 orang awam maut manakala ratusan lagi cedera dalam satu siri letupan yang menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin di utara China semalam, menurut laporan beberapa agensi berita tempatan.

Menurut pihak polis Tianjin, kejadian dipercayai membabitkan bahan letupan yang dimasukkan dalam satu gudang di zon industri pelabuhan itu meletup.

Letupan pertama berlaku dalam gudang milik syarikat Tianjin Dongjiang Port Rui Hai International Logistics Co. Ltd., sebelum merebak ke kawasan lain yang berdekatan.

Menurut seorang saksi, letupan berkenaan mendatangkan impak yang kuat seperti gegaran gempa bumi disertai dengan bebola api yang menjulang ke udara pada waktu malam.

CHINA_TIANJIN_EXPLOSION.transformed (1)
Sumber foto: Agensi

 

CHINA-BLAST_.transformed
Sumber foto: Agensi

 

CHINA-EXPLOSION-TIANJIN.transformed
Sumber foto: Agensi

 


“Apabila letupan itu berlaku, saya sangkakan gempa bumi,” kata Chen Bingzi, yang tinggal kira-kira 4km daripada kawasan letupan. “Seluruh kompleks bangunan pangsapuri kami bergegar. Saya tinggal di tingkat lima dan gegaran itu mengakibatkan semua tingkap di rumah saya pecah.”

Stesen televisyen CCTV melaporkan, 17 orang terbunuh manakala lebih 400 orang lagi dikejarkan ke hospital.

Dalam satu kenyataan yang dibuat melalui laman Twitter, Presiden China Xi Jinping mengarahkan semua bantuan dihantar untuk menyelamat mangsa dan memadamkan kebakaran.

Agensi berita rasmi Xinhua mengesahkan angka kematian berkenaan dan berkata 32 orang mengalami kecederaan parah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori