Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KKM Tidak Cadang Laksana...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah...

Keadaan Banjir Di Sarawak...

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini...

Sam (Bunkface) Sedia Kahwin...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya...

Segera Umumkan SOP Perlombongan...

KUANTAN - Pihak yang berkaitan dengan perlombongan bauksit di sini, menuntut kerajaan negeri...

Loya, Leha, Loyang Tapi Pasti Bukan Low Yat 2

ALOR SETAR – Mungkin Loyah, Loyang, Leha atau Lompang. Itu antara senarai cadangan nama bagi sebuah kawasan yang bakal dijadikan pusat beli-belah IT bagi menandingi Plaza Low Yat di Bukit Bintang di ibu negara.

Asalnya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mencadangkan nama kawasan khas di Bangunan Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu sebagai Low Yat 2.

Ia susulan rungutan ramai pengguna Melayu menerusi media sosial yang menjadi majoriti besar pelanggan di Plaza Low Yat itu mendakwa sering diperdaya peniaga bukan Melayu sehingga menjadi isu perkauman.

Perkara tersebut bukan baharu dan masalah berkenaan dipercayai berlaku kerana kesukaran masyarakat Melayu mendapatkan produk IT daripada peniaga Melayu dan jika ada pun dijual pada harga amat mahal.

Ia berpunca daripada kekurangan pemborong dan pembekal Melayu dalam bidang itu selain masalah ketiadaan tapak perniagaan sesuai bahkan terpaksa bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih maju ke depan.

Malangnya niat baik Ismail dipandang serong pemimpin politik bukan Melayu khasnya pembangkang yang menyelar beliau sebagai rasis tetapi tidak pula mencadangkan alternatif untuk masalah tersebut.

Akhirnya Ismail yang terkenal tegas dan lantang dalam memperjuangkan isu usahawan Melayu melahirkan idea untuk mewujudkan pertandingan namakan pusat beli belah IT khas tersebut.

“Yang pasti, (namanya) bukan Low Yat 2,” katanya sambil memberitahu pihaknya memutuskan hendak pertandingan cipta nama bagi pusat jualan produk telefon dan aksesori sekan-akan macam Plaza Low Yat itu.


Bercakap kepada wartawan di Alor Setar, Kedah pada Jumaat, Ismail berharap isu cadangan mewujudkan Low Yat 2 tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional.

Katanya, ini kerana dalam keadaan suasana politik sekarang yang mana parti pemerintah sedang diasak hebat pihak pembangkang, kesemua komponen BN seharusnya lebih bersatu dan menjadi kuat bersemangat.

“Jangan kerana isu remeh, ia disalah erti, kita (BN) bertelagah sesama sendiri. Dari segi semangat parti kita tetap wujudkan kesatuan kita, dengan syarat jangan tindas orang lain yang lemah,” katanya.

Baru-baru ini, Ismail mencadangkan supaya sebuah pusat sehenti produk telefon seakan-akan Plaza Low Yat dibuka di bangunan ibu pejabat MARA, khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera.

Meskipun dipertikaikan pelbagai pemimpin politik bukan Melayu termasuk dari pembangkang, namun Ismail tegas mempertahankan cadangan itu susulan rusuhan di Plaza Low Yat pada akhir bulan lalu.

Isu Plaza Low Yat hangat baru-baru ini gara-gara kes curi telefon bimbit dan tindakan jurujual situ memukul pemuda Melayu berkenaan konon ditipu dengan produk tiruan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori