Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Meninggal Dunia Selepas...

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh sebuah robot. Stephen Pettitt,69,...

SPRM Tahan 45 Individu...

GEORGE TOWN - Seramai 45 individu termasuk 22 penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan...

Bersatu Negeri Sembilan Akan...

PORT DICKSON - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan akan sentiasa memberi...

Lelaki Didenda Kerana Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Mahathir Licik Tak Guna Akaun Peribadi – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – “Itu licik, bukan bersih namanya,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul.

Kata beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh mendakwa dirinya bersih hanya kerana kerana tidak menggunakan akaun peribadi untuk wang pembiayaan politik.

Menurut Nik Mohamad Abduh, zaman politik wang di Malaysia sebenarnya bermula dan begitu berleluasa pada era Mahathir yang kini diwarisi parti-parti politik.

“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir semalam menafikan beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).


Mahathir juga menyatakan beliau hanya pernah memasukkan wang tunai berjumlah RM20,000 dari Ibu Pejabat UMNO ke dalam akaunnya hanya pada PRU 1964 dan 1969.

Isu mengenai pembiayaan politik itu timbul berikutan dakwaan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai dana kira-kira RM2 bilion.

- MYNEWSHUB.CC

1 komen

  1. Aku rasa apa yg dibuat oleh tun m tu x ada salah nya…sebab duit tu bukan utk dy sbb tu dy x masukkan dalam akaun sendiri. Memang patutlah tun m masukkan duit dana dlm akaun lain

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori