Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tiada Lagi Ambil Hasil...

SEMBARANG aktiviti mengambil hasil hutan dan pasir di Melaka akan dihentikan bermula 1...

Banjir: 17 Sekolah Rendah...

MIRI - Seramai 1,337 murid dari 17 buah sekolah rendah di Sarawak, tidak...

56 Rumah Terjejas Akibat...

KANGAR - Sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan di Perlis...

Najib Sindir Mazlan Isu...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Pengerusi Lembaga...

Majlis Kaji Dana Politik Dibentuk Dua Minggu Lagi

KUALA LUMPUR – Sebuah majlis kebangsaan mengenai dana politik mungkin dibentuk dalam tempoh dua minggu lagi, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Paul Low berkata surat jemputan untuk mengisi kerusi di dalam majlis ini akan dihantar pada akhir minggu ini.

“Ia (pembentukan majlis ini) akan dilakukan segera, dalam tempoh dua minggu kerana ia bergantung kepada tempoh mereka (yang dijemput) memberikan maklum balas,” katanya kepada pemberita di Hotel Royal Chulan.

Beliau merujuk kepada idea yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lalu yang mencadangkan kerajaan akan mengkaji dana politik dan mengawal selia perkara itu.

Low berkata surat jemputan akan dihantar kepada wakil politik dari parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain orang ramai dan beberapa kumpulan seperti Majlis Peguam. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori