Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Warga Emas Ditemui...

MUAR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui terdampar di tepi Sungai Muar...

2 Wanita Jual Dadah...

GEORGE TOWN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan dua wanita. yang...

Vaksin Percuma Cegah Penyakit...

MIRI – Kempen pemberian vaksin percuma bagi mencegah penyakit anjing gila atau rabies...

Persiapan Melaka United Pada...

MELAKA - Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi...

Malaysia Mampu Hadapi Cabaran, Maju Kerana Kepimpinan Kuat

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu melalui cabaran-cabaran awal, apatah lagi berkembang dan menikmati kemakmuran, bukan kerana peluang atau nasib, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia berjaya mengharungi semua cabaran kerana kepimpinannya dan terdapat sifat-sifat kepimpinan yang seseorang dengan mudah boleh mengenal pasti.

“Para pemimpin kita yang terdahulu memberi perhatian yang mendalam dan mengutamakan kepentingan negara, dan khidmat mereka melangkaui tanggungjawab kepada negara. Keputusan mereka bersifat naluri dan atas semangat patriotik yang tulen dan semangat yang kukuh.

“Mereka sanggup membuat pengorbanan yang besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kepimpinan Dalam Masa Mencabar’ pada Ceramah ke-26 Tunku Abdul Rahman, anjur Institut Pengurusan Malaysia di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata para pemimpin terdahulu juga cukup berani untuk mengambil tindakan tanpa mengira sama ada ia popular atau tidak.

Beliau berkata mereka memberi tumpuan kepada apa yang perlu disegerakan dan perlu.

Sebagai contoh, beliau menarik perhatian kepada ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein, yang terkenal kerana ‘ketegasan dan kurang bercakap’.

Apabila sesuatu perkara perlu diambil tindakan segera, memenangi hati orang menjadi keutamaan kedua kerana apa yang lebih penting ialah segera mengambil tindakan, kata beliau.

“Tunku Abdul Rahman memikul beban berunding dalam usaha untuk melahirkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, yang bangkit dari cengkaman empayar dan ancaman pengganas komunis.


“Cabaran utama Tunku ialah untuk membentuk sebuah negara baharu daripada masyarakat yang ketika itu kurang mempunyai semangat perpaduan atau identiti keseluruhan,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata ayahandanya berganding bahu memimpin bersama Tunku Abdul Rahman, ketika masyarakat Malaysia menghadapi krisis yang mendalam, dilanda perpecahan etnik dan ketegangan yang membara.

Beliau berkata Tun Razak bukan sahaja mampu mengelakkan perpecahan masyarakat tetapi beliau meletakkan Malaysia di laluan ke arah pembangunan sosio-ekonomi yang pesat dan meluas.

Beliau berkata Tun Razak dan timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail, meninggal dunia semasa menyandang jawatan dan mereka bekerja sehingga ke akhir hayat walaupun mengetahui tentang tahap penyakit yang dihidapi.

Mereka sanggup memikul tanggungjawab demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia, kata beliau.

“Mereka berjuang untuk apa yang benar, membuat keputusan yang sukar dan mewujudkan dasar-dasar yang radikal – semuanya lahir dari motif dan moral paling murni,” katanya.

Beliau menyifatkan pemimpin tersebut adalah dinamik, bukan jumud sambil berkata “Saya rujuk semula kepada usaha Tun Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu” pada 1970, dan pelaksanaannya kemudian diteruskan oleh penggantinya, Tun Hussein Onn’.

“Di sini, kebijaksanaan dan pragmatik jelas terbukti. Kita mempunyai pemimpin yang memandang melangkaui jangka pendek, dan mewujudkan rangka kerja yang membina masa depan yang lebih adil dan mampan, walaupun mereka tahu mereka mungkin tidak dapat hidup lebih lama untuk menyaksikannya sendiri,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori