Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kekalkan Usaha Bersama Perangi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak semua...

Google Malaysia Digodam Oleh...

HARI ini, salah satu perkara paling hangat diperkatakan adalah berkenaan laman Google Malaysia...

Kes Salah Guna Kedudukan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan 27 September ini...

1MDB: Siasatan BNM Tiada...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul...

Marion Caunter, Suami Timang Cahaya Mata Ketiga, Lelaki

Tahniah diucapkan buat bekas hos program E News Asia yang juga ikon fesyen Malaysia, Marion Caunter dan suaminya, SM Nasarudiin apabila telah selamat menimang cahaya mata ketiga, semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh isteri Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia ini menerusi laman akaun Instagramnya pagi Khamis.

Marion turut meluahkan rasa bersyukur dengan kelahiran anak ketiga mereka dan juga merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga kecil ini.

“Alhamdulillah. Words can’t describe how happy and blessed we feel right now. We welcomed a little baby boy into the world yesterday. Thank you for all your well wishes and prayers. Leia and Lana now have a little brother to bully,” tulis Marion Caunter.

Sebelum ini pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan dan semestinya kehadiran bayi lelaki ini dinanti-nanti buat keluarga bahagia ini.


Sekadar imbasan, Marion Caunter dan SM Nasaruddin berkahwin pada Disember tahun 2010 dan melangsungkan majlis resepsi di Maldives.

Semoga kehadiran bayi kecil ini akan menambah seri dalam kehidupan mereka. – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori