Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Idris Jusoh Akan Hadiri...

BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh akan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri...

Orang Awam Dinasihat Tidak...

KUALA LUMPUR - Ekoran kejadian tragik kebakaran pusat tahfiz pada pagi Khamis lalu,...

Empat Lelaki Ditahan Milik...

KUANTAN - Polis menahan empat lelaki yang menaiki sebuah lori dipercayai dicuri dalam...

Pesakit Pertama Ebola Di...

WASHINGTON - Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan...

Masalah Pembelian Tiket Dalam Talian Sistem AirAsia, Ini Serius!

MENERUSI maklumat yang dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Zully Azizan, beliau meluahkan rasa teraniaya sebagai pelanggan kepada syarikat penerbangan AirAsia akibat terdapat kecelaruan yang berlaku terhadap sistem pembelian tiket syarikat berkenaan.

Ia dipersoalkan dan dikritik kerana tidak berfungsi dengan baik sekaligus mengundang kerugian kepada orang awam yang hendak menaiki pesawat mereka.

Pada mulanya, beliau telah membeli tiket penerbangan secara online untuk adik iparnya dan mempunyai resit transaksi untuk ditunjukkan sebagai bukti, namun setibanya di lapangan terbang, staf syarikat penerbangan tersebut tidak membenarkan adik iparnya berlepas kerana nombor booking tiket yang diterima adalah berlainan.

Ketidapuasan hati mangsa terus bertambah apabila disarankan membeli semula tiket di kauter kerana tiket yang sebelum ini dibeli menggunakan perkhidmatan dalam talian FPX debit telah dibatalkan tanpa pemulangan wang.

zul1

Persoalan yang timbul adalah pembayaran secara dalam talian telah berjaya tetapi mangsa terpaksa membayar wang sekali lagi dengan alasan tiket telah dibatalkan, sedangkan pembayaran telah dikreditkan sebagai ‘berjaya’.

zul2


Sebagai kesimpulan, apa yang berlaku pada sistem dalam talian AirAsia tersebut dalam istilah IT-nya dipanggil data redundancy.

Proses query ini sepatutnya disemak dengan teliti supaya maklumat input di dalam sistem database adalah sama seperti data yang dikeluarkan.

Kepada pihak AirAsia, pihak anda seharusnya memperbaiki masalah ini agar pengguna-pengguna lain tidak tertindas dan teraniaya kelak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Facebook Zully Azizan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori