Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Afieq Shazwan Cemburu Kejayaan...

BEKAS peserta program Idola Kecil musim pertama, Afieq Shazwan memberitahu ada menyimpan perasaan...

Mangsa Banjir Kemaman Beli...

KEMAMAN - Mangsa banjir di daerah ini, yang membeli Polisi Insurans Kampungku tahun...

Sebastian Pinera Kembali Sebagai...

SANTIAGO - Bilionair Sebastian Pinera akan kembali sebagai Presiden Chile tahun depan, bersandarkan...

Pasukan Khas Kesan Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan...

Mat Rempit Rempuh Anggota Polis Sehingga Terpelanting

SEORANG anggota polis trafik terpelanting setelah dirempuh seorang mat rempit dalam satu sekatan jalan raya di jalan Batu 10, Kajang, kira-kira 11.45 pagi semalam.

Mangsa, Mohd Johari, 29, cedera di belakang kepala dan luka di badan akibat rempuhan kuat suspek yang cuba melarikan diri setelah ditahan.

Memetik laporan Metro Harian, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, rempuhan itu menyebabkan suspek turut terjatuh dan cedera.

Menurutnya, anggota trafik terbabit tidak sempat mengelak berikutan suspek menunggang laju.

“Mangsa yang tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Susulan kejadian itu polis menahan penunggang motosikal berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut.

Willey berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun.


Cadangan kami, PDRM boleh gunakan pistol lelabah yang dipraktikkan oleh pihak polis di Vietnam ini.

Teknologi penggunaan jaring adalah mekanisma utama memberhentikan daya yang dikeluarkan oleh rantai motor.

Menerusi video di bawah, apa pendapat anda jika dipraktikkan teknologi ‘pistol jala’ ini di Malaysia? – MYNEWSHUB.CC


Polis Vietnam Gunakan Pistol ‘Lelabah’ by mynewshub

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori