Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembalakan Di Meropoh: Adnan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyelar...

Mara Nafi Calon UPSR...

KUALA ,LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menafikan...

Wanita Bunuh Suami, Ibu...

CHAOZOU – Seorang wanita dari Vietnam yang dibeli dengan harga RM16,000 untuk dikahwinkan...

K’jaan Akan Perkasa Tugas...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah...

Mat Sabu Sedia Beri Laluan Kepada Pemimpin GHB Yang Lebih Baik

KUALA TERENGGANU – Mohamad Sabu berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) jika jawatankuasa itu mampu mencari pemimpin yang lebih baik dan lebih sesuai.

“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.

“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Bekas Timbalan Presiden PAS berkata demikian pada malam Jumaat semasa sidang akhbar yang diadakan selepas pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini.


Sejak GHB telah ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

Ramai yang mengkritik beliau dengan berkata beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah gagal dalam beberapa pilihan raya umum dan dakwaan mempunyai kaitan dengan Syiah. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori