Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tular Slogan Terkini Najib:...

MUNGKIN agak biasa dan nampak lucu namun 'Malu Apa Bossku' yang ditulis poster...

Pelayan Bar Dijel 5...

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan bar hari ini dipenjara lima tahun dengan satu...

Peranan Media Dihargai Dalam...

KANGAR - Sumbangan media membantu mempromosikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui penulisan dan...

Silap Letak Nama, Remy...

PELAKON, Remy Ishak ‘diserang’ peminat selepas memuat naik sebuah entri di Instagram yang...

Mayat Nelayan Yang Dikhuatiri Lemas Dekat Pontian, Ditemui Hari Ini

JOHOR BAHARU – Nelayan yang hilang selepas bot dinaikinya karam antara perairan Pulau Pisang dan Pulai Sebatang dekat Pontian semalam, ditemui lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, mayat Mohd Faizal Suhep, 40, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian pada pukul 10.10 pagi tadi.

Mayat kemudian diserah kepada polis untuk dibawa ke Hospital Pontian bagi bedah siasat, katanya ketika dihubungi, di sini Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama seorang lagi rakan dikatakan keluar ke laut kira-kira pukul 5 petang Ahad, sebelum bot itu dipukul ombak besar dan ribut menyebabkannya terbalik lalu karam pada awal pagi keesokannya.


Rakan mangsa – Anizam Azim, 44, bagaimanapun berjaya diselamatkan beberapa nelayan kira-kira 11 pagi semalam berhampiran sebuah kelong di kawasan Api-Api. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori