Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Singapura Bincang Isu Ruang...

SINGAPURA - Mesyuarat antara Malaysia dan Singapura dijangka menyentuh isu ruang udara Pasir...

MAZA Dakwa Nabi SAW...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Senaskhah Charlie Hebdo Dijual...

PARIS – Sambutan di luar jangkaan terhadap akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo...

Ismail Sabri: Serang Saya...

Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru...

Mayat Gadis Cantik Hilang, Penduduk Texas Kecoh

TEXAS – Sebuah keluarga terkejut apabila mendapati mayat anak perempuan mereka yang meninggal dunia akibat ketumbuhan cyst dan fibroid hilang dari keranda yang ditempatkan di rumah pengebumian.

Mayat Julie Mott, 25, dijadualkan dikebumikan keesokan hari. Mott meninggal dunia awal bulan ini dan upacara pengebumian yang dirancang Sabtu lepas adalah sempena ulang tahunnya yang ke-26.

Kejadian itu disedari oleh pekerja di rumah mayat tersebut dan mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Tidak ada tanda-tanda pecah masuk dan alat penggera juga tidak berbunyi. Memandangkan rumah mayat berkenaan tidak mempunyai kamera CCTV, polis tidak mengetahui bagaimana mayat tersebut dilarikan.

“Sesiapa jua yang melakukannya memang berani. Keutamaan kita adalah mendapatkan semula mayat Mott dan mencari dalang yang terlibat dalam kecurian tersebut,’’ kata pegawai polis, sarjan Javier Salazar.


Salazar turut memberitahu beliau tidak pernah melihat kes seumpama itu sebelum ini sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.

Mott disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak berusia dua tahun namun dia cuba untuk hidup seperti individu normal yang lain.

“Hubungannya yang amat rapat dengan ibunya menjadikan Mott seorang yang tabah dan nekad untuk meneruskan hidup,’’ kata keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=JuAQtsJM8nk

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori