Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi...

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di...

Tidak Perlu Polemik Hukuman...

YAN – Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang diluluskan Persidangan Dewan Undangan...

Trump: ‘Filem Skinhead’ Terkini...

AMERICAN History X direlis siaran pada 1998. Ia menjadi fenomena di Amerika Syarikat (AS)...

Ohsem! RM28 Boleh Layar...

BERITA baik buat pengguna pelan prabayar Digi Prepaid Live yang ‘gila’ strim video dan...

Memalukan.. Aksi Pemimpin GHB Yang ‘Progresif ‘ Ketika Bersih 4.0

BAGAI satu rahsia terbuka (open secret) yang diketahui semua orang, parti Gerakan Harapan Baru (GHB) atau bakal dikenali sebagai Parti Amanah Negara selepas 15 September depan adalah parti yang sama sekali tidak seperti PAS.

Jika PAS menjadikan Islam sebagai perjuangan utama, GHB didapati lebih ke arah liberal atau parti politik sekular, pendirian yang sesuai apabila bergandingan dengan DAP.

Setakat ini tiada sebarang komen daripada pemimpin GHB yang mengesahkan perkara ini.

Bagaimanapun, tak perlu penjelasan sebenarnya kerana perhimpunan Bersih 4.0 telah pun menjawab segala-galanya.

Parti Islam Baharu GHB Disenangi Puak LGBT – PAS

Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0

Selain daripada bendera mewakili kaum LGBT yang megah berkibar di perhimpunan tersebut, lihat saja aksi-aksi pemimpin GHB yang satu ketika dahulu dilihat begitu alim ketika bersama PAS.

 


Dalam keadaan kopiah melekat di kepala, wajarkah membiarkan gadis berskirt mini membonceng di belakang?

Dan kalau itu tak cukup buat anda beristighfar, lihat pula bagaimana Mohamad Sabu dikepit wanita-wanita seksi di perhimpunan tersebut.

Bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi kita pasti maklum jika seseorang itu benar-benar membawa imej Islam sebenar, tak mungkin berani wanita hendak beraksi segedik itu bukan?

Fikir-fikirkan… apa akan jadi dengan generasi muda beragama Islam jika beginilah cara pemimpin GHB melayani penyokong mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori